Sekatan AS ke atas Supermax patut jadi kebimbangan sektor lain

Sebaran :

Sekatan AS ke atas Supermax patut jadi kebimbangan sektor lain

Sekatan terbaru oleh agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat terhadap anak syarikat pembuat sarung tangan tempatan, Supermax Corporation Bhd seharusnya menjadi punca kebimbangan kepada industri dan majikan dalam sektor lain, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Pulau Pinang.

Setiausaha MTUC Pulau Pinang, K Veeriah dalam satu kenyataan berkata, CBP pada masa lalu mengenakan Perintah Tahanan Pelepasan (WRO) terhadap syarikat Malaysia yang disyaki tidak mematuhi indikator buruh paksa bagi Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Walaupun berlaku pelanggaran, indikator buruh paksa dalam sektor pekerjaan utama seperti perkilangan, perladangan dan lain-lain, dikenal pasti secara jelas, mungkin tidak demikian halnya dalam aktiviti ekonomi seperti perkhidmatan, hospitaliti, perusahaan mikro, kecil dan sederhana.



“Sama ada pekerja asing, dalam bidang aktiviti ekonomi tersebut dilindungi daripada indikator buruh paksa, memerlukan penelitian yang lebih teliti,” kata Veeriah.

Supermax Corp adalah firma Malaysia keempat yang menghadapi larangan sedemikian dalam tempoh 15 bulan lalu.

Pada September, Malaysiakini melaporkan bahawa anak syarikat Supermax – Maxter Glove Manufacturing Sdn Bhd -berdepan tuduhan memotong gaji pekerja asingnya secara tidak sah dan dakwaan keadaan kehidupan pekerja yang memudaratkan.

Maxter Glove pada masa itu menyangkal dakwaan itu dan berkata ia mempunyai prosedur untuk pekerja mengemukakan rungutan mereka.



Dengan permintaan yang semakin meningkat daripada majikan agar kerajaan membuka semula kemasukan pekerja asing, Veeriah berkata adalah penting bagi kerajaan untuk melaksanakan dasar penggajian pekerja asing yang komprehensif dengan objektif pematuhan kepada indikator buruh paksa ILO.

“Adalah pandangan kami bahawa, melainkan penjajaran semula secara menyeluruh dasar penggajian pekerja asing ditetapkan, ia akan menyebabkan lebih banyak syarikat dan industri menghadapi kemungkinan sekatan oleh negara pengimport.

“Oleh itu, kami menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan saranan yang dikemukakan oleh jawatankuasa bebas mengenai isu pekerja asing yang telah dimulakan semasa kerajaan Pakatan Harapan,” katanya. Mk

Sekatan AS ke atas Supermax patut jadi kebimbangan sektor lain




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?


Sebaran :

Leave a Reply