Umno persoal parti lain lancar jentera PRN di Melaka tak didenda

Umno persoal parti lain lancar jentera PRN di Melaka tak didenda

Umno mempersoalkan tindakan pihak berkuasa Kementerian Kesihatan yang tidak mengambil tindakan terhadap parti melancarkan jentera rilihan raya di Melaka, baru-baru ini.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan mempertahankan pelancaran jentera pilihan raya BN telah mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.



Katanya, BN akan membayar denda yang telah dikenakan KKM terhadap parti itu.

“Pada kefahaman kami apabila diberikan kenyataan oleh KKM pada kefahaman kami kenyataan itu ditujukan pada aktiviti kempen di negeri Melaka, kami bukan sengaja untuk melanggar apa-apa SOP ditetapkan.

“Itu malam kelmarin kita mengadakan pelancaran tidak menggunakan satu dewan, kami amat ingin mengadakan SOP. Sebab itu (pelancaran) diadakan dalam dua dewan.

“Namun apa yang kita lihat diviralkan ada parti lain melancarkan jentera pilihan raya dan ia dibuat di Melaka, walaupun peraturan sebelum pengumuman dibuat perkara-perkara dalam akta ia juga sebenarnya terpakai,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur, malam tadi.



Kenyataan Ahmad dipercayai merujuk kepada pelancaran jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung di Melaka baru-baru ini.

Kaji semula larangan kempen PRN

Kementerian Kesihatan kelmarin mengenakan kompaun RM10,000 terhadap BN apabila mendapati gabungan politik itu mengadakan program di Kuala Lumpur untuk melancarkan jentera pilihan rayanya sempena PRN Melaka.

Dalam satu kenyataan ringkas di Facebook, MOH berkata kompaun itu dikeluarkan oleh pejabat kesihatan di Kepong kepada setiausaha eksekutif BN kerana melanggar prosedur operasi standard kerajaan untuk acara sosial.



“Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun di bawah Akta 342 kepada Barisan Nasional malam ini kerana telah melanggar SOP Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara bagi penganjuran majlis sosial,” kata kementerian itu.

Akta 342 merujuk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang memberi KKM kuasa untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang melanggar peraturan yang ditetapkan bagi mencegah penularan penyakit berjangkit.

Sementara itu, Ahmad meminta pihak berkuasa mengkaji semula larangan berkempen pada PRN Melaka yang diumumkan baru-baru ini.

Katanya, sudah lebih 90 peratus rakyat negara ini menerima vaksin Covid-19 dan sepatutnya ada kelonggaran untuk kempen PRN Melaka.



“Supaya ada kelonggaran sikit pada SOP PRN Melaka supaya sedikit pergerakan dapat diadakan contohnya pergerakan rumah ke rumah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir (gambar, atas) berkata pihaknya akur dengan kompaun berjumlah RM10,000 yang dikeluarkan oleh KKM ekoran acara pelancaran jentera PRN Melaka, yang diadakan di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Kata Zambry, kehadiran jemputan acara itu telah mengambil kira kapasiti 50 peratus daripada keluasan dewan acara, pergerakan di luar dewan di luar bidang kuasa penganjur.

Zambry berkata walaupun BN menghormati arahan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkenaan larangan terhadap perhimpunan yang berkaitan dengan PRN, namun ia hanya melibatkan acara di Melaka.



“Maka majlis pelancaran jentera BN yang sepatutnya diadakan di Melaka telah dipindahkan ke World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL).

“Pemilihan lokasi di WTCKL dibuat memandangkan Kuala Lumpur sudah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang membolehkan perhimpunan diadakan dengan kapasiti kehadiran 50 peratus daripada keluasan dewan acara,” katanya semalam pada satu kenyataan. Mk

Umno persoal parti lain lancar jentera PRN di Melaka tak didenda


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker