Lelaki dengan kaki terikat ditemui mati disyaki dibunuh

Sebaran :

Lelaki dengan kaki terikat ditemui mati disyaki dibunuh

GOMBAK – Seorang lelaki ditemui mati dengan keadaan kedua-dua kaki terikat dengan tali dipercayai akibat dibunuh di tepi Jalan Sungai Tua-Ulu Yam, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihak polis menerima panggilan berhubung penemuan itu pada pukul 8.30 pagi.

“Sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bergegas ke lokasi kejadian.



“Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati mayat berkenaan berada di tepi jalan, bagaimanapun setakat ini identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti,” ujarnya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan awal mendapati mayat berkenaan yang tidak mempunyai sebarang identiti dipercayai dibunuh.

“Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan, buat masa ini pasukan forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi.

“Kita masih belum dapat mengetahui sama ada mangsa dibunuh di kawasan lain atau sebaliknya, siasatan masih dilakukan,” ujarnya.



Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. K Online

Lelaki dengan kaki terikat ditemui mati disyaki dibunuh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2




Sebaran :

Leave a Reply