Bajet2022: Pengecualian duti import, duit eksais dan cukai kenderaan elektrik

Sebaran :

Bajet2022: Pengecualian duti import, duit eksais dan cukai kenderaan elektrik

Kerajaan bercadang untuk memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV) bagi menyokong pembangunan industri EV tempatan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, malah pengecualian cukai jalan sehingga 100 peratus juga diberikan kepada kenderaan berkenaan.

“Di samping itu, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 turut diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV,” katanya dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini.



Katanya, kerajaan melihat potensi kenderaan EV yang memiliki ciri ciri energy efficient vehicle sebagai usaha meminimum pencemaran asap kenderaan ke udara. Utusan

Bajet2022: Pengecualian duti import, duit eksais dan cukai kenderaan elektrik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2




Sebaran :

Leave a Reply