Bajet 2022: Lebih 10,000 doktor kontrak disambung khidmat maksimum 4 tahun

Bajet 2022: Lebih 10,000 doktor kontrak disambung khidmat maksimum 4 tahun

Kerajaan bersetuju menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib selama dua tahun kepada maksimum empat tahun, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, ia penting bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan sebagai persediaan pengajian kepakaran mereka.

“Sebagai tambahan, sukacita diumumkan kerajaan bersetuju meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM100 juta untuk manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

Tengku Zafrul berkata, selain itu ke arah gaya hidup sihat, kerajaan bercadang meluaskan duti eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh.

Katanya, kerajaan turut bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

“Bagi memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan awam, kerajaan akan bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah dan St John Ambulance untuk meningkatkan akses dan capaian respons perkhidmatan ambulans,” katanya. FMT

Bajet 2022: Lebih 10,000 doktor kontrak disambung khidmat maksimum 4 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker