Bajet 2022: Bantuan persekolahan ditambah, peranti percuma bagi siswa B40, diskaun pinjaman PTPTN

Bajet 2022: Bantuan persekolahan ditambah, peranti percuma bagi siswa B40, diskaun pinjaman PTPTN

Kerajaan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, meningkat berbanding RM100 sebelum ini, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, peruntukan RM450 juta itu akan memanfaatkan tiga juta murid yang layak.

Katanya, Bajet 2022 turut pertama kalinya menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi terbabit.

“Insya-Allah, seramai 600,000 siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga bercadang melanjutkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Dis 2022.

Mengenai pinjaman PTPTN, kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman bermula 1 Nov 2021 hingga 30 April 2022 seperti berikut:

Pertama: Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

Kedua: Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Ketiga: Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

Mengenai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kerajaan menyediakan RM6.6 bilion untuk melaksanakan pelbagai inisiatif bawah kementerian dan agensi berkaitan.

“Tumpuan diberikan kepada usaha memenuhi keperluan industri semasa. Sehubungan itu, peruntukan tambahan RM200 juta disediakan untuk program usaha sama dengan industri termasuk Skim Latihan Dual Nasional dan program persijilan industri.

Selain itu, beliau berkata RM1 bilion juga disediakan untuk kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah, termasuk sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar.

Peruntukan penyelenggaraan kepada lebih 10,000 sekolah bawah Kementerian Pendidikan akan diagihkan mengikut jenis sekolah berdasarkan kadar seragam.

“Bagi tahun 2022, sebanyak RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,” kata Tengku Zafrul.

Bagi memastikan murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat kandungan khasiat harian demi pertumbuhan fizikal dan mental yang menyeluruh, kerajaan akan meneruskan penyediaan bekalan susu harian bawah Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukan RM400 juta.

Sebahagian perolehan itu akan dikhaskan kepada pengeluar susu tempatan. FMT

Bajet 2022: Bantuan persekolahan ditambah, peranti percuma bagi siswa B40, diskaun pinjaman PTPTN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker