Pengusaha tempe mengaku ‘Imam Mahdi’ didenda RM4,500

Pengusaha tempe mengaku ‘Imam Mahdi’ didenda RM4,500

SEREMBAN: Seorang pengusaha tempe didenda RM4,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menghina agama Islam dengan mengaku sebagai Imam Mahdi, tahun lalu.

Hakim Kamal Bashah Ahmad Tajuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap pemimpin Tarekat Al-Naqsyabandiyyah Al-Khalidiyyah, Habib Shah Firdaus Habib Ahmad, 60.



Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, Habib Shah Firdaus disifatkan menghina Islam dengan mengaku sebagai Imam Mahdi secara palsu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari hingga Mac tahun lalu di Markas Tarekat al-Naqsyabandiyyah Al-Khalidiyyah, Jalan Labu Batu 8, Kampung Jawa, dekat sini.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 50 (i) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.



Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Rohaizad Redzuan.

Peguambela tertuduh, Ahmad Shaher Mohd Fuad, memohon anak guamnya hanya dikenakan denda dan tiada hukuman penjara kerana sudah berusia selain menanggung isteri yang tidak bekerja serta dua orang anak.

Katanya, anak pertama tertuduh sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala seorang lagi adalah orang kurang upaya (OKU).

“Tertuduh juga mempunyai masalah kesihatan iaitu darah tinggi dan strok.



“Berdasarkan pengakuannya, tertuduh sudah bertaubat dan mengakui menyesal atas perbuatan.

“Markas tarekatnya di Labu sudah dijual manakala sejak tarikh tangkapan sehingga kini, tiada kelas pengajaran dibuat,” katanya.

Pada prosiding itu, Rohaizad berkata, umur tidak berperanan penting kerana kesalaan yang dilakukan adalah serius.

Beliau berkata, tertuduh diamanahkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan untuk menjalankan aktiviti tarekat yang tidak keluar daripada landasan al-Quran dan Sunnah.



“Perbuatan menghina agama ada kaitan dengan ajaran sesat yang menjurus kepada jenayah akidah dan perlu dipandang serius,” katanya. BH

Pengusaha tempe mengaku ‘Imam Mahdi’ didenda RM4,500

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris



Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker