Pelajar mengaku bercinta dengan suami orang

Pelajar mengaku bercinta dengan suami orang untuk kajian

Media sosial sejak semalam kecoh dengan pengakuan seorang pelajar jurusan syariah yang memberitahu sedang bermain cinta dengan suami orang untuk tujuan kajian.

Perkongsian yang dikongsi pelajar itu dimuatnaik di laman Facebook Viral Muafakat Johor tanpa si penulis mendedahkan identiti dirinya yang sebenar.

Melalui hantaran tersebut, pelajar berkenaan mengaku menjadikan suami orang sebagai responden untuk mengkaji kecurangan lelaki dalam rumah tangga dan kebanyakan respondennya ialah merupakan pekerja makan gaji yang tinggal di Kuala Lumpur.

“Cara kerja saya adalah bercinta selama seminggu dan keluar bersama sebanyak dua kali. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf sekiranya suami tersebut berkemungkinan suami kakak-kakak sekalian.

“80 peratus dari responden saya ini mula jatuh cinta dengan saya dan mengajak saya untuk berkahwin walaupun tempoh perkenalan hanya seminggu. Ada yang sanggup beli telefon dan kad sim baru semata-mata untuk menghubungi saya. Ramai yang mengadu ingin dibelai dan inginkan kasih sayang,” katanya.

Wanita itu juga turut menyenaraikan secara ringkas dapatan kajiannya itu yang menunjukkan antara punca pasangan suami isteri berpisah angkara kemunculan orang ketiga.

“Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya simpulkan tentang punca kecurangan responden saya ini ialah, isteri terlalu sibuk dengan media sosial sehingga lupakan suami, isteri sudah tidak kelihatan cantik dan tidak terurus Isteri tidak mahu melayan nafsu batin suami.

“Seterusnya, isteri sudah tidak hormat pada suami, bercakap dirumah pun “aku kau”. Perempuan di luar yang lebih menggoda,” ujarnya.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian orang ramai ialah apabila di akhir hantaran itu, wanita tersebut mengaku terjatuh cinta dengan salah seorang respondennya yang merupakan seorang penguat kuasa kerajaan.

“Jadi, saya ingin ajukan soalan terbuka kepada pihak suami. Apa sebenarnya yang suami inginkan dari seorang isteri? Layanan setiap hari? Kelihatan cantik setiap saat? Zuhud dan lupakan media sosial?

“Dan khilaf saya, terjatuh cinta dengan salah seorang responden saya, penguatkuasa di Pusat Transformasi Bandar (UTC). Maaf akak, saya dah mula sayang suami akak,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan hantaran itu yang dianggap hanya rekaan. Bagaimanapun, ada juga para wanita yang meluahkan perasaan marah terhadap para lelaki yang memberi pelbagai alasan mahu berlaku curang terhadap isteri.

“Pegang satu konsep, kalau dia tak setia pada isterinya, dia juga akan buat benda yang sama pada kita. Belum kahwin semua indah, dah kahwin barulah faham erti rumahtangga,” kata Aisyah.

“Bila rumahtangga tak dipandang dengan rahmah, sakinah, mawaddah inilah jadinya. Kalau nak isteri cantik berseri macam waktu bercinta, jangan kacau duit isteri, jangan bebankan isteri dengan tanggungjawab seorang suami.Anak-anak jangan bagi isteri jaga, cari orang gaji. Boleh?,” kata Siti Murtiah. K Online

Pelajar mengaku bercinta dengan suami orang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker