Ratusan Ribu Malaikat Bertasbih Memuji Sepasang Kekasih

Sebaran :

Ratusan Ribu Malaikat Bertasbih Memuji Sepasang Kekasih

“.. Di malam yang sunyi, di dalam rumah sederhana yang tidak seberapa luasnya, seorang isteri tengah menunggu kepulangan suaminya. Tak biasa sang suami pulang larut malam sebegini. Sang isteri bingung, hari sudah larut dan dia sudah sangat keletihan dan mengantuk.

Namun, tak terlintas sedikit pun dalam benaknya untuk segera tidur dan terlelap di tempat tidur suaminya. Dengan setia dia ingin tetap menunggu, tapi rasa mengantuk semakin menjadi-jadi dan sang suami tercinta belum juga pulang.

Tak berapa lama kemudian, seorang lelaki yang sangat berwibawa lagi luhur budinya tiba di rumahnya yang sederhana itu. Lelaki ini suami sang isteri tersebut. Malam itu beliau pulang lebih lambat daripada biasanya, sehingga kepenatan menjamah tubuhnya.



Ketika ingin mengetuk pintu, terfikir olehnya sang isteri yang tengah terlelap tidur. Sungguh beliau tidak ingin membangunkannya. Tanpa fikir panjang, beliau tak jadi mengetuk pintu dan saat itu juga menghamparkan serbannya di depan pintu dan berbaring di atasnya.

Dengan kelembutan hati yang tidak ingin membangunkan isteri yang dikasihinya, sang suami lebih memilih tidur di luar rumah. Di depan pintu, bertemankan udara malam yang sejuk mencengkam, dengan hanya beralaskan selembar serban nipis. Penat dan lelah berdakwah seharian, dingin malam yang menggigit tulangnya, namun untuk membangunkan isteri tercinta tidak sekali. Subhanallah.

Di dalam rumah, sang isteri masih menunggu, hingga terlelap dan bersandar di balik pintu. Tak terlintas sedikit pun dalam fikirannya untuk berbaring di tempat tidur, sementara suaminya belum juga pulang.

Kerana risau rasa mengantuknya tak mampu ditahan dan takut tidak mendengar ketukan pintu oleh suaminya apabila pulang, dia memutuskan untuk menunggu sang suami di depan pintu utama rumahnya. Malam itu, tanpa saling mengetahui, sepasang suami isteri tersebut tertidur berdampingan berhadangkan pintu rumah mereka yang sederhana.



Kerana kasih dan rasa hormat terhadap suami, sang isteri rela mengorbankan diri terlelap di pintu demi kesetiaannya. Dan sang suami mengorbankan diri tidur di pintu demi rasa kasih dan kelembutan pada sang isteri.

Nan jauh di langit, ratusan ribu malaikat pun bertasbih, menyaksikan dua sejoli tersebut. Subhanallah, betapa suci dan mulia rasa cinta kasih yang mereka bina terlukis indah dalam ukiran akhlak yang begitu mempesona. Saling mengasihi, saling mencintai, saling menyayangi dan saling menghormati.

Tahukah anda siapa mereka? Itulah Rasulullah s.a.w dan Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq. Merekalah sepasang kekasih teladan, suami isteri dambaan syurga, dan pemimpin para manusia, lelaki dan perempuan di dunia dan akhirat. Wallahu a’lam Utv

Ratusan Ribu Malaikat Bertasbih Memuji Sepasang Kekasih




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?


Sebaran :

Leave a Reply