Kudis herpes bukan penyakit kelamin – Syafiq

Kudis herpes bukan penyakit kelamin – Syafiq

Penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku, Syafiq Farhain menjelaskan, kudis herpes atau virus herpes simpleks yang menyerangnya bukan penyakit kelamin, sebaliknya jenis HV-1.

Syafiq berkata, jangkitan kudis herpes kembali menyerang dan membengkak di kawasan mulut, selepas sembuh daripada demam panas, baru-baru ini.

“Herpes ada dua jenis iaitu HV-1 dan HV-2. Saya alami HV-1 di kawasan mulut, manakala HV-2 pada bahagian kelamin.

“Jika ikutkan, sebanyak 67 peratus orang menghidap penyakit kudis herpes dalam dunia. Jadi, saya antaranya dan ini bukan kali pertama kudis ini naik di kawasan mulut, sudah banyak kali.

“Ini disebabkan virus ini sudah ada dalam badan. Ia menyerang semula disebabkan panas, antibodi, stress ataupun tidak mengambil ubat.

“Saya pula baru pulih demam, jadi ia mungkin menyerang semula disebabkan badan saya panas dan antibodi sedang lemah,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Syafiq bersyukur, kudis itu sudah beransur kering selepas mengambil ubat sapu dan antibiotik.

Katanya, selain sakit, jangkitan berkenaan menyukarkannya untuk menyanyi, makan dan bercakap.

“Memang susah sebab kudis ini di kawasan tepi bibir yang menyukarkan saya untuk buka mulut. Bercakap pun susah, apatah lagi menyanyi.

“Saya kena jaga makan, elakkan makanan laut yang boleh menyebabkan ia bertambah gatal.

“Selain itu, saya kena rehat dahulu di rumah dalam beberapa hari kerana jika keluar bekerja perlu memakai pelitup muka. Jadi, saya risau ia boleh melambatkan kudis untuk sembuh,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Syafiq akui, kerjaya seni agak berjalan perlahan ekoran pandemik COVID-19.

Namun, Syafiq berkata, dia tidak tertekan kerana bukan memberi kesan kepadanya sahaja, malah ramai penyanyi lain berdepan perkara yang sama.

“Saya masih fokus dengan mempromosikan single Kau Bidadari memandangkan ia pun baru sahaja dilancarkan, Jun lalu.

“Jika nak keluar lagu lain pun bila fikir single Kau Bidadari kurang mendapat sambutan, takkan saya nak buat perancangan yang lain.

“Jadi, tengoklah mungkin tahun depan baru boleh fikir nak keluar single baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Syafiq berkata, dia menerima tawaran lakonan, tetapi terpaksa tolak disebabkan jadualnya sebagai penjawat awam tidak mengizinkan.
BH

Kudis herpes bukan penyakit kelamin – Syafiq


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kekayaan Elon Musk kini RM1 trilion

Related Articles

One Comment

  1. Tak apa bro, setiap ujian ada hikmah, banyakkan selawat InshAllah dipermudahkan segala urusan. Allah uji, Allah sayang. bereh boh!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker