Lari tinggalkan isteri bila kena tahan di sekatan jalan raya
Lari tinggalkan isteri bila kena tahan di sekatan jalan raya
BARU diminta tunjuk lesen tetapi seorang warga Indonesia terus panik melarikan diri dan membiarkan isterinya ketika sekatan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta, malam tadi.
Lelaki itu sempat berlari kira-kira sejauh 200 meter sebelum berjaya ditahan beberapa anggota penguat kuasa dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu.
Warga Indonesia berusia 30 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda Vario bertindak melarikan diri selepas diminta mengemukakan lesen motosikal dan dokumen pengenalan diri oleh pihak penguat kuasa ketika Op Bersepadu.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, lelaki terbabit diminta memberhentikan motosikal ditunggang bersama isterinya sebelum dia berpura-pura membuat panggilan telefon.
Katanya, semakan lanjut mendapati pasangan suami isteri itu berasal dari Surabaya, Indonesia dan masing-masing tidak mempunyai dokumen sah.
“Mereka sedang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Segambut,” katanya dalam sidang media.
Sementara itu, Aedy Fadly berkata, 318 notis kesalahan dikeluarkan dalam operasi bermula pada pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.
“Daripada jumlah itu, 158 kes melibatkan kesalahan Lesen Kenderaan Motor diikuti nombor pendaftaran kenderaan sebanyak 73 kes; cermin gelap (66); sembilan kesalahan teknikal; tujuh kesalahan lampu HID; dan cermin sisi sebanyak lima kes,” katanya.
Pemeriksaan lain turut dijalankan agensi terlibat termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP), mengenal pasti pendatang tanpa izin yang menetap lebih masa, penyalahgunaan pas lawatan sosial, tiada dokumen pengenalan diri, penyalahgunaan dadah serta penguatkuasaan Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 dan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Motosikal) 2003.
Operasi Bersepadu berkenaan melibatkan 129 anggota daripada pelbagai agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Utv
Lari tinggalkan isteri bila kena tahan di sekatan jalan raya
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU