Anggota bomba nyaris lemas akibat arus deras

Anggota bomba nyaris lemas akibat arus deras

Usaha menyelamatkan mangsa banjir nyaris mengakibatkan seorang anggota bomba lemas selepas tersangkut dalam aliran air deras banjir, dalam kejadian di Kampung Sungai Putat, Melaka, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah berkenaan, berjaya diselamatkan rakan sepasukannya dan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, anggota berkenaan tersangkut dalam aliran deras air banjir, sebelum kira-kira lapan anggota bomba bersama-sama 10 penduduk kampung yang lain menyelamatkannya.

Seorang saksi, Md Yusof Hitam, 68, berkata keadaan mula kecoh selepas penghuni rumah yang cuba diselamatkan oleh mangsa menjerit meminta tolong.

“Orang dalam rumah tu menjerit, mungkin selepas dia terkejut melihat anggota bomba berkenaan lemas dalam arus deras banjir.

“Kira-kira 20 orang turun cuba selamatkan mangsa termasuklah anggota bomba lain seramai tujuh hingga lapan orang,” katanya menurut laporan Kosmo.

Katanya, situasi cemas itu berlaku dalam tempoh kira-kira 15 minit, sebelum anggota berkenaan berjaya dibawa naik ke atas dengan selamat.

Jurucakap bomba bagaimanapun memberitahu, anggota tersebut masih belum sedarkan diri. FMT

Anggota bomba nyaris lemas akibat arus deras


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker