Johan Qari Antarabangsa 2016 Ustaz Wan Ainuddin Hilmi meninggal dunia
KOTA BHARU – Johan qari tilawah dan menghafaz al-Quran peringkat antarabangsa ke-58 pada 2016, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah meninggal dunia pada jam 1.26 tengah hari tadi.
Adik Allahyarham, Datuk Muhammad Abdullah berkata, arwah yang berusia 39 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Machang berkemungkinan disebabkan serangan jantung.
“Ia kematian mengejut, sebelum ini arwah abang tidak sakit, mungkin disebabkan jantung. Arwah meninggalkan seorang isteri dan enam anak.
“Jenazah akan disolatkan selepas Isyak di Masjid Muhammadi, Kota Bharu dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol di sini selepas itu,” katanya ketika dihubungi Bernama, pada Selasa.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham menerusi hantaran Facebooknya pada Selasa.
“Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Wan Ainuddin Hilmi Abdullah yang kembali kerahmatullah tengah hari tadi.
“Pemergian Allahyarham suatu kehilangan besar dalam menyampaikan ilmu al-Quran. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan ditempatkan Allahyarham bersama para solihin. Al-Fatihah,” katanya.
Pada 2018, kerajaan negeri telah memberi sumbangan sebuah rumah kepada Allahyarham atas kejayaan, jasa dan sumbangannya dalam usaha memartabat al-Quran. — Bernama
Baca Artikel Menarik :
- PH Melaka tak bertanggungjawab cetus krisis – Ahli Parlimen PKR
- DAP tentang Norhizam sebagai calon PH
- Muhammad nama popular di UK?
- Golongan antivaksin tidak akan dianiaya – Hishammuddin
- Idris Haron dan 3 lain menaruh harapan kepada PH
- Timah, hanya modal untuk serang PAS – Tuan Ibrahim
- Bapa Perkosa Anak Kandung Konon Percaya ‘Nasihat’ Pakar Feng Syui
- Lelaki Terkaya Di Asia Miliki Aset RM415 Billion Setara Elon Musk dan Jeff Bezos
- Anak Pengasas Microsoft Bill Gates Kahwini Dengan Pemuda Muslim
- Kekasih Sajat ‘serang’ pegawai polis
- Mana ada orang betul-betul kaya baling duit
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.