KPJ lakukan pembedahan katarak percuma untuk warga emas kurang kemampuan

KPJ lakukan pembedahan katarak percuma untuk warga emas kurang kemampuan

KPJ Healthcare Berhad dan Rotary International District 3300 menawarkan pembedahan katarak percuma kepada 20 pesakit warga emas kurang berkemampuan di bawah Projek Komuniti Kesihatan Mata sempena Hari Penglihatan Sedunia 2021.

Ketua Pegawai Korporat KPJ Healthcare Ariesza Noor berkata projek itu dilaksana untuk meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan dan kesihatan mata selain menawarkan penyelesaian kepada mereka yang menderita masalah kebutaan atau penglihatan kabur kerana katarak.



“Kerjasama antara kedua-dua pihak yang menyaksikan KPJ Healthcare akan menyediakan dana dan bantuan perubatan untuk 20 pembedahan bagi menyokong Rotary District 3300 untuk memacu inisiatif mengatasi masalah kebutaan yang dapat dicegah dalam kalangan mereka yang kurang berkemampuan.

“Kerjasama kami dengan Rotary District 3300 adalah selaras dengan usaha syarikat untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan utama dan mewujudkan impak positif kepada masyarakat di mana kami beroperasi, selain strategi ini bakal menawarkan penyelesaian untuk matlamat Rotary District bagi membantu komuniti dan memberi impak kepada kehidupan penerima bantuan tersebut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Bercakap sempena Hari Penglihatan Sedunia 2021 yang bertema ‘LoveYour Eyes’, Ariesza berkata mereka ingin secara proaktif menyalurkan maklumat yang tepat dalam membantu pesakit untuk membuat keputusan agar tidak melengahkan sebarang rawatan berpunca daripada kurang kesedaran awam dan kekangan kewangan.

Beliau berkata orang ramai boleh tampil untuk menghubungi kami kerana kami sedia membantu mereka mengatasi masalah penglihatan yang dihadapi seterusnya menghindari kesan buruk ekoran daripada masalah kebutaan.



Ariesza berkata bagi membolehkan kerjasama ini berjalan dengan lancar, Rotary District 3300 akan mendapatkan calon penerima yang layak melalui rangkaian 1.2 juta ahli mereka yang luas untuk menjalani prosedur mata itu.

Katanya pembedahan itu akan dijalankan di KPJ Ambulatory Care Centre (KACC) yang akan dilancarkan tidak lama lagi di Bandar Kinrara, yang menempatkan cawangan keempat Pusat Pakar Mata KPJ.

Kenyataan itu memaklumkan KACC adalah pusat pakar perubatan pesakit luar yang dianggotai oleh pakar perubatan keluarga, pegawai perubatan dan pakar perunding pelawat dari pelbagai aspek kepakaran.

Menurutnya pendekatan ini memberi fokus kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu untuk melengkapkan rantaian 28 hospital KPJ Healthcare di Malaysia dan luar negara.



KPJ lakukan pembedahan katarak percuma untuk warga emas kurang kemampuan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker