Penduduk kecoh anak kambing lahir bermata satu

Kelahiran seekor anak kambing bermata satu mengejutkan penduduk sebuah kampung di bandar Klaten, wilayah Jawa Tengah, lapor laman berita Detik semalam.

Pemilik kambing tersebut, Muhammad Sadat berkata, anak kambing itu dilahirkan pada 11 April lalu.

“Tiada tanda-tanda aneh sebelum ini. Kandungan induknya juga normal semasa usia kehamilan empat hingga lima bulan dan ketika lahir, ia boleh berdiri seperti biasa,” katanya.



Kelahiran anak kambing itu mengejutkan penduduk setempat yang ingin memastikan kebenaran berita tersebut. Begitu juga dengan seorang lelaki bernama  Ngatman yang sanggup datang semata-mata mahu melihat anak kambing tersebut.

“Mukanya seperti monyet. Mulutnya naik dan matanya rapat,” kata Ngatman.

Seorang lagi penduduk, Irwan berkata, secara umumnya tiada apa yang pelik mengenai tubuh anak kambing itu. Ia juga boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanapun, anak kambing itu akhirnya mati dan dikebumikan di hujung kampung.



“Kambing itu akhirnya mati selepas saya menjaganya sepanjang hari. Saya menanamnya,” kata Sadat. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker