Anggota polis didakwa tipu urusan jual beli ‘sunroof’ kereta

Anggota polis didakwa tipu urusan jual beli ‘sunroof’ kereta

SEBERANG PERAI – Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu berhubung urusan jual beli sunroof dua buah kereta pada Februari dan Mac lalu.

Tertuduh, Mohamad Saddam Ahmad Zaidun, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd. Akit.



Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdaya seorang lelaki berusia 28 tahun dalam urusan jual beli sunroof kereta Proton Inspira dengan mendorong lelaki itu membayar wang pendahuluan RM500.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 480, Tingkat Perusahaan 4B, Kawasan Perusahaan Perai di sini kira-kira pukul 11.12 pagi pada 1 Februari 2021.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa memperdaya lelaki berusia 21 tahun dalam urusan jual beli sunroof kereta Toyota Camry dengan mendorongnya membayar pendahuluan RM500.

Mohamad Saddam didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah unit, Tingkat 1, Flat D2, Jalan Perai Jaya 3, Bandar Perai Jaya 3, Perai kira-kira pukul 8.12 malam pada 8 Mac lalu.



Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara di antara setahun sehingga 10 tahun dan sebatan dan denda.

Kes itu masing-masing dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Lushani dan Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM14,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Kes akan disebut semula pada 24 November depan untuk tertuduh melantik peguam. K Online



Anggota polis didakwa tipu urusan jual beli ‘sunroof’ kereta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


3 pemimpin Umno konsensus pilih calon



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker