Resepi lodeh masak kicap, lain dari yang lain

Resepi lodeh masak kicap, lain dari yang lain

Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resepi lodeh kicap yang menyelerakan ini. Resepinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Berbaloi cuba.

Selalunya kita biasa makan sayur lodeh, lodeh lontong dan yang lain-lain. Tapi kali ini kita cuba lain dari yang lain, lodeh masak kicap. Rasanya pasti tidak akan mengecewakan anda.

Apa lagi jom cuba…

BAHAN-BAHAN:

1/2 kg pedal ayam – rebus
3 bungkus suhun – rendam
3 keping tempe – goreng
3 sudu besar kicap manis
1 1/2 cawan air
Garam
Minyak untuk menumis

BAHAN HIRIS:

15 tangkai cili padi
2 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit belacan

CARA MENYEDIAKAN:

Pijarkan minyak dan tumiskan bahan hiris dan belacan hingga garing.
Kemudian masukkan pedal rebus yang telah dihiris. Tumis lagi.
Kemudian masukkan kicap, tempe dan air. Kacau rata.
Selepas itu, masukkan pula suhun. Jika perlu tambahkan garam secukup rasa.

Dah pun siap. Jangan lupa jamu keluarga dan share resepi ini kepada rakan-rakan anda semua.

Resepi lodeh masak kicap, lain dari yang lain


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


3 pemimpin Umno konsensus pilih calon

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker