Bank Rakyat anjur Kempen Emas 2 Kilo

Bank Rakyat anjur Kempen Emas 2 Kilo

Bank Rakyat sekali lagi menganjurkan ‘Kempen Emas 2 Kilo’ sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Ar-Rahnu dan pada masa sama mahu menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan kemudahan pajak gadai berlandaskan Syariah.

Menurut kenyataan Bank Rakyat, kempen berkonsepkan ‘Gadai dan Menang’ ini berlangsung selama tiga bulan bermula 15 Oktober lalu sehingga 15 Januari 2022 dengan antara tarikan utama ialah tiada had minimum dan tempoh gadaian bagi melayakkan pelanggan menyertai kempen ini.

“Menerusi kempen kali ini, jumlah keseluruhan hadiah berupa dua kilogram emas bernilai lebih RM500,000 ditawarkan kepada 101 pemenang. Hadiah tersebut berupa satu kilogram emas bagi pemenang hadiah utama dan 10 gram emas setiap seorang bagi hadiah sagu hati untuk 100 pemenang,” menurut kenyataan itu hari ini.

Menerusi kempen kali ini, Bank Rakyat menyasarkan kenaikan pengeluaran pembiayaan Pajak Gadai-i sebanyak 20% dan pertambahan pelanggan sebanyak dua peratus hingga lima peratus pada Disember ini.

Melalui Kempen Emas 2 Kilo tahun lalu berjaya merekodkan peningkatan positif bagi pengeluaran pembiayaan sehingga 31 peratus iaitu sebanyak RM1.07 bilion berbanding tahun sebelumnya. Kempen yang berlangsung dari 15 Julai sehingga 15 November 2020 menyaksikan jumlah penyertaan melebihi 200,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Kempen Emas 2 Kilo’, pelanggan boleh melayari laman sesawang www.bankrakyat.com.my; atau hubungi pusat panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454; atau kunjungi mana-mana cawangan dan Ar-Rahnu X’Change Bank Rakyat.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, kempen ini bertujuan menyedarkan masyarakat tentang nilai emas sebagai aset berharga dan boleh digadaikan untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat khususnya usahawan dalam menangani situasi pasca pandemik Covid-19 serta mampu memacu kembali ekonomi masyarakat dan negara.

“Seiring aspirasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Bank Rakyat turut menyasar melahirkan ‘bangsa usahawan’ menerusi kerjasama pelbagai agensi di bawah kementerian tersebut yang menjurus kepada usaha membantu kumpulan sasar yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

“Pembiayaan Pajak Gadai-i dapat membantu lebih ramai usahawan untuk meneruskan kelangsungan perniagaan serta sebagai alternatif pembiayaan yang berupaya membangunkan perniagaan individu, khususnya usahawan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui aliran tunai segera sehingga RM350,000.00 dengan kadar keuntungan yang rendah,” tambah beliau. Utusan

Bank Rakyat anjur Kempen Emas 2 Kilo


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


3 pemimpin Umno konsensus pilih calon

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker