Sepasang Kekasih Mencabut Dan Pindahkan Rumah Guna Bot [VIDEO]

Sepasang Kekasih Mencabut Dan Pindahkan Rumah Guna Bot [VIDEO]

NEWFOUNDLAND, KANADA – Sepasang kekasih di Newfoundland, Kanada, yang menemui rumah idaman mereka di sebuah kawasan pesisir pantai bertindak ‘mencabut’ dan memindahkan kediaman tersebut menggunakan laluan air pada jarak lebih 800 meter (m), lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Daniele Penney dan teman lelakinya, Kirk Lovell, menemui rumah yang akan dirobohkan itu di pesisir pantai Bay of Islands.

Disebabkan tertarik dengan rekaannya, mereka meminta kebenaran daripada pemilik asal rumah itu untuk mencabut rumah tersebut dari tanah dan memindahkannya ke tanah milik mereka di McIvers, lebih 800 m dari lokasi itu menggunakan jalan air.

Menyedari kesukaran yang dihadapi sekiranya memindahkan sebuah rumah  menggunakan jalan darat, pasangan itu membuat keputusan untuk mengapungkan kediaman tersebut di atas laut.

Beberapa buah tong dipasang di bawah rumah tersebut dan diikat menggunakan bingkai logam yang dipenuhi dengan tayar lama bagi membolehkannya terapung di atas air dan digerakkan menggunakan bot milik Lovell.

“Satu daripada sudut rumah dimasuki air sehingga ke aras dua selain enjin bot turut mati ketika dalam perjalanan.

“Bagaimanapun, beberapa penduduk setempat membantu kami dengan menggunakan bot mereka untuk membawa rumah itu dengan selamat ke lokasi baharu,” kata Penney.

Setelah tiba di destinasi, rumah itu telah dikeringkan dan Penney serta Lovell akan melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bagi menjadikannya sebuah rumah idaman untuk keluarga mereka. – AGENSI

Salt Wire

Sepasang Kekasih Mencabut Dan Pindahkan Rumah Guna Bot [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Perbezaan Kertas Pandora dan rantai ala Pandora

Kertas Pandora: ‘RM900 bilion tidak masuk akal’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker