Planet Marikh Seperti Bumi Ketika Zaman Purba [VIDEO]

Planet Marikh Seperti Bumi Ketika Zaman Purba [VIDEO]

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mengeluarkan sebuah video yang menjelaskan mengenai faktor-faktor yang menyebabkan agensi itu percaya bahawa planet Marikh ketika zaman purba adalah sama seperti Bumi, lapor akhbar The Sun semalam.

Saintisnya, Dr. Becky McCauley Rench berkata, mereka berpendapat bahawa planet Marikh adalah lebih ‘lembap dan hangat’ ketika ia mula wujud.

“Ketika sistem solar wujud sekitar lebih empat bilion tahun dahulu, Marikh dan Bumi terhasil daripada bahan yang sama, sekali gus menyebabkan kedua-dua planet ini kelihatan sama.

“Bagaimanapun, pada hari ini jika kita melihat ke arah Marikh, ia kelihatan seperti sebuah planet yang kering berbanding dengan Bumi yang mempunyai warna biru.

“Kami percaya Marikh mempunyai lautan utara yang cetek dahulu, namun ia telah hilang, sekali gus menjadikan kedua-dua planet ini berbeza,” kata Rench dalam video tersebut.

Persamaan yang boleh dikaitkan antara kedua-dua planet itu adalah penting buat para saintis kerana ia dapat membantu mereka mencari petanda bagi kehidupan zaman purba di Marikh.

“Aktiviti geologi di Marikh ketika tempoh masa itu semakin berkurang, di mana ia kehilangan air dan akhirnya menjadi sebuah planet yang semakin kering.

“Ini berbeza dengan Bumi di mana planet ini terus melalui proses ‘kemajuan’ dengan tektonik plat dan perkembangan kehidupan,” jelasnya.

Selain itu, para saintis turut percaya bahawa unsur air masih wujud di permukaan Marikh pada hari ini namun dalam bentuk ais.

Mereka juga yakin bahawa bahagian bawah tanah bagi permukaan planet itu mempunyai banyak air, namun lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikannya. – Agensi / Phys.org

Planet Marikh Seperti Bumi Ketika Zaman Purba [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Planet Marikh dulu ada air kini jadi gurun

[VIDEO] Misi ke Marikh | NASA Siar Video Dan Audio Perseverance Mendarat di Marikh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker