Selalu Lakukan Senaman Kardio Bagi Menguatkan Jantung Serta Tangani Kencing Manis

Selalu Lakukan Senaman Kardio Bagi Menguatkan Jantung Serta Tangani Kencing Manis

BERSENAMLAH untuk jaga kesihatan jadi lebih baik. Itulah yang selalu kita dengar.

Antara senaman yang baik untuk tujuan tersebut adalah senaman kardio. Ia merupakan senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh masa tertentu, pada intensiti tertentu.

Apa sahaja yang membuatkan jantung kita berdegup lebih laju dan berpeluh dengan banyak berbanding biasa, dipanggil senaman kardio.

Berikut merupakan antara kelebihan melakukan senaman kardio untuk kesihatan.

KESIHATAN JANTUNG

Jantung juga seperti otot-otot lain dalam badan kita. Jadi untuk melakukan kerja dan aktiviti harian kita harus pastikan ia sentiasa kuat.

Melakukan latihan kardio dapat melatih jantung menjadi lebih kuat.

METABOLISMA

Peningkatan kadar degupan jantung dapat membantu metabolisma jadi lebih baik. Semakin tinggi kadar metabolisma, semakin meningkat kadar pembakaran kalori.

Jadi secara otomatik kita lebih mudah untuk jaga berat badan bahkan sentiasa kekal dengan berat ideal.

RANGSANG HORMON

Latihan kardio dapat merangsang hormon yang menimbulkan rasa senang dan gembira. Jadi secara tidak lagsung dapat membantu kita tangani masalah stres dan kepenatan.

Ia juga merangsang hormon untuk menurunkan nafsu makan jika dilakukan dengan betul dan terkawal.

PERCEPATKAN PEMULIHAN BADAN

Pemulihan badan atau ‘recovery’ dapat berjalan dengan lebih cepat jika melakukan senaman kardio. Lebih banyak darah membawa oksigen kepada badan maka lebih cepat proses pemuilhan badan.

TANGANI KENCING MANIS

Kencing manis atau ‘diabetes’ merupakan antara musuh utama rakyat Malaysia. Melakukan latihan kardio dapat membantu anda menggunakan glukosa dalam badan dan mengawal kadar gula dalam darah.

Jadi lakukanlah senaman secara rutin untuk kesihatan lebih baik.

BEBERAPA CONTOH SENAMAN KARDIO BOLEH ANDA LAKUKAN:

1. BERLARI

Salah satu senaman kardio yang paling mudah untuk diikuti. Berlari tidak sama dengan berjogging.

Berjoging ada manfaatnya tersendiri. Berlari, ada kelebihannya tersendiri. Terutamanya apabila anda sedang cuba untuk menguruskan badan.

Kesannya akan nampak ketara selepas anda berdisiplin melakukannya dalam tempoh 3 bulan pertama.

2. BERJOGING

Buat senaman kardio ini tempoh masa 30 minit. Itu paling minimum. Kalau boleh, buat selama 1 jam.

Cuba dalam tempoh 3 bulan. Anda akan dapat ‘feel yang berbeza. Badan lebih ringan, senang nak buat kerja dan nafas rasa lebih teratur.

Anda boleh jogging sama ada di gym, taman ataupun di pantai.

3. BERBASIKAL

Naik basikal dan kayuh. Paling minima, buat dalam 30 minit. Kalau dapat buat 2 jam berterusan, lagi bagus.

Kesannya dapat dirasai satu badan. Kita akan rasa penat dan lesu. Tetapi jika berjaya lakukan sekurangnya 3 bulan pertama, percayalah, badan anda akan rasa lebih sihat.

4. BERENANG

Salah satu senaman kardio yang memberi kesan ke seluruh badan. Berenang menggerakkan seluruh badan kita dari kepala sehingga ke hujung kaki.

Berenang selama 30 minit mampu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Percayalah bahawa berenang salah satu cara untuk bakar lemak dengan pantas.

5. BERSUKAN

Pilih sukan yang memerlukan anda menggerakan anggota tangan dan kaki. Contohnya badminton, bola jaring, futsal, bermain bola sepak, bermain bola baling dan sebagainya.

Kesemua permainan ini melibatkan anggota badan kita secara menyeluruh seperti berlari dan berjalan.

6. NAIK TURUN BANGKU

Ini juga cara paling mudah untuk melakukan senaman kardio tetapi juga paling memenatkan walaupun anda lakukan dalam tempoh 3 minit sahaja.

Cuba dalam 3 minit dan seterusnya cuba ‘maintain’ dalam 5 minit. Buat 3 set mudah. 1 set bersamaan dengan 3 ulangan.

Lakukan selama 3 bulan selepas itu, pergi timbang berat badan anda. Turun atau tidak.

IKUTI TIP INI!

Lakukan dulu dengan intensiti yang rendah. Jangan melonjak terus ke intensiti yang lebih tinggi.

Takut anda tidak terikut dan mula rasa bosan dengan aktiviti dalam senaman kardio.

Apabila sudah bosan, memang anda akan lebih malas untuk bersenam kerana merasakan senaman itu satu perkara yang menyusahkan.

Ini bukan cara nak bina badan. Tetapi memadai untuk jadikan badan anda cergas, bertenaga dan berpotensi untuk kurus.

Tetapi bukan dalam tempoh 3 minggu atau 1 bulan. Paling lama pun dalam tempoh 3 hingga 12 bulan. Adalah sia-sia jika anda hilang 3 hingga 10 kilogram dalam 1 bulan tapi bulan seterusnya anda jadi gemuk balik dan malas bersenam.

Selamat mencuba!

* Artikel asal disiarkan di Maskulin.

Selalu Lakukan Senaman Kardio Bagi Menguatkan Jantung Serta Tangani Kencing Manis


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Perbezaan Kertas Pandora dan rantai ala Pandora

Kertas Pandora: ‘RM900 bilion tidak masuk akal’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker