Lelaki Mengamuk Bersenjatakan Parang Sebabkan Kesesakan Lalu Lintas

Lelaki Mengamuk Bersenjatakan Parang Sebabkan Kesesakan Lalu Lintas

Temerloh: Tindakan seorang lelaki bersenjatakan parang yang mengamuk dengan mengacukan senjata berkenaan kepada kenderaan di jalan Temerloh-Maran mengemparkan pengguna jalan raya berkenaan pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11 pagi berhampiran Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini, nyata mengejutkan pengguna.

Amukan suspek yang tidak berbaju menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas apabila ramai pengguna jalan raya tidak berani melalui kawasan itu kerana bimbangkan keselamatan masing-masing.

Pengguna jalan raya, Khaidir Ahmad, 59, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke Maran.

“Apabila tiba di jalan berhampiran dengan Hoshas, saya lihat jalan sesak dan terdapat seorang lelaki tidak berbaju sedang memegang parang. Dia (suspek) mengacukannya kepada kenderaan yang lalu di situ.

“Saya terkejut namun memberanikan diri memandu kereta melalui jalan berkenaan. Saya bernasib baik tidak diserang lelaki itu,” katanya, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusof berkata, polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian sebelum menahan lelaki berusia 30-an berkenaan.

Menurutnya, kejadian itu tidak menyebabkan kecederaan kepada orang awam dan siasatan lanjut sedang dilakukan terhadap kejadian itu termasuklah sekiranya suspek mempunyai masalah mental.-HM

Lelaki Mengamuk Bersenjatakan Parang Sebabkan Kesesakan Lalu Lintas


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Perbezaan Kertas Pandora dan rantai ala Pandora

Kertas Pandora: ‘RM900 bilion tidak masuk akal’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker