SOP saf solat berjemaah dijangka boleh dirapatkan semula

SOP saf solat berjemaah dijangka boleh dirapatkan semula

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal mengatur muzakarah khas pada Rabu ini bagi membincangkan lebih banyak kelonggaran aktiviti di masjid dan surau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad berkata, agensi itu telah diarahkan dengan melibatkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.

“Ini termasuklah cadangan supaya prosedur operasi standard (SOP) dikaji untuk dibolehkan susunan saf ketika solat berjemaah dapat dirapat kembali,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Langkah itu susulan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai peralihan fasa dan kelonggaran SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) kelmarin.

Justeru ujarnya, muzakarah pada kali ini bertujuan mendengar taklimat mengenai penilaian risiko semasa Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan dan membincangkan perubahan SOP.

Semalam, kerajaan Arab Saudi mula membenarkan umat Islam di negara itu menunaikan solat fardu berjemaah dengan kembali merapatkan saf selepas lebih setahun perlu dijarakkan.

Video secara langsung suasana jemaah di Masjidil Haram solat dengan saf rapat disiarkan TV AlHijrah turut tular diperkatakan ramai warganet tempatan yang turut merindui situasi itu.

Bagaimanapun, semua pengunjung termasuk di Masjid Nabawi di Madinah, masih wajib lagi memakai pelitup muka serta lengkap dua dos vaksin dan mendaftar dalam aplikasi ditetapkan.

Mengulas lanjut, Idris berkata, semua ahli muzakarah yang terdiri daripada mufti setiap negeri, ahli-ahli dilantik dalam kalangan pakar telah dijemput hadir memperincikan SOP berkenaan.

Beliau menambah, Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara turut akan dijemput untuk memberikan pandangan mereka dalam sesi perbincangan muzakarah khas.

“Saya percaya, satu keputusan demi maslahah umum dapat dicapai dan berharap aktiviti di masjid dan surau khasnya solat berjemaah seperti sediakala dengan SOP tertentu,” katanya.

Terdapat 6,465 buah masjid di seluruh negara dengan Sabah paling banyak iaitu 1,072 buah, manakala surau pula sejumlah 18,257 buah dengan Selangor yang tertinggi iaitu 2,170 buah. K Online

SOP saf solat berjemaah dijangka boleh dirapatkan semula


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Khairy mengaku guna 4 jin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker