Abang tubuh parti baharu, ini komen Ismail Sabri

Abang tubuh parti baharu, ini komen Ismail Sabri

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan abangnya Kamarazaman Yaakob, menubuhkan parti baharu iaitu Parti Kuasa Rakyat, adalah hak beliau dalam amalan negara demokrasi.

Ismail yang juga Naib Presiden Umno menyifatkan, perbezaan keahlian parti politik dalam kalangan ahli keluarga juga bukan suatu perkara baharu dalam politik tanah air.

“Adik-beradik berlainan parti politik bukan perkara baharu, sudah ada di Malaysia…ini demokrasi, itu hak beliau…tidak timbul pertelingkahan dan sebagainya,” kata Ahli Parlimen Bera itu ketika ditanya mengenai tindakan Kamarazaman yang menubuhkan Parti Kuasa Rakyat, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Upacara Pemakaian Lencana Pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera Mansor Samsudin yang dinaikkan pangkat daripada DSP, di Dewan Sri Kempas Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, di sini.

Upacara disempurnakan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dan turut dinaikkan pangkat ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Bera DSP N Kumaran yang sebelum ini memakai pangkat ASP.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Sahabudin Abd Manan, dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Zaini Jass.

Media sebelum ini melaporkan Kamarazaman melancarkan parti baharu iaitu Parti Kuasa Rakyat, yang berbilang kaum pada 10 Oktober lalu, yang antara lain akan memperjuangkan pelajaran percuma, kesihatan percuma, rumah percuma dan peluang pekerjaan terutama kepada golongan B40 dan M40. FMT

Abang tubuh parti baharu, ini komen Ismail Sabri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Khairy mengaku guna 4 jin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker