8 Syafaat Untuk Manusia Ketika Hari Kiamat

8 Syafaat Untuk Manusia Ketika Hari Kiamat

Para Malaikat

Surah an-Najm ayat 26 yang bermaksud, “Dan berapa banyak malaikat di langit yang syafaat mereka pun tidak berguna, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi orang yang dikehendaki dan diredai-Nya.”



Syafaat al-Quran dan Amal Soleh
“Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari kiamat sambil memberi syafaat terhadap pembacanya.”HR Imam Muslim)

Para Ulama dan Syuhada (mati syahid)

“Tiga kelompok manusia yang akan memberikan syafaat pada hari kiamat iaitu para nabi, kemudian ulama, kemudian syuhada.” HR Ibnu Majah.

Sesama Muslim



“Setelah kaum Mukminin selamat dari neraka, maka demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, setiap orang daripada mereka meminta kepada Allah dengan memaksa agar dikeluarkan rakan-rakan mereka dari Neraka. Mereka berkata: ‘Ya Allah, mereka dahulu pernah berpuasa, solat dan menunaikan haji bersama kami.’ Lalu dikatakan kepada mereka: ‘Keluarkanlah orang yang kamu kenal dari neraka itu.’” HR Muslim

Amalan kebaikan

Imam Abu Abdillah al-Qurtubi berkata, “Demikianlah, Allah menciptakan dua malaikat sebagai balasan atas amalan membaca al-Quran dan berpuasa, lalu kedua-duanya memberi syafaat kepada orang yang melakukan ibadah ini. Begitu juga seluruh amal soleh yang lain.”

Surah al-Mulk



Dari Abu Hurairah r.a. “Sesungguhnya di dalam al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia memberi syafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah al-Mulk.” HR Abu Daud, at-Tirmizi dan Imam Ahmad

Nabi Muhammad s.a.w.

Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Syafaatku untuk orang yang melakukan dosa besar dalam kalangan umatku” HR Ahmad

8 Syafaat Untuk Manusia Ketika Hari Kiamat




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Khairy mengaku guna 4 jin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker