Gaji polis akan dibincang KDN – Ismail

Gaji polis akan dibincang KDN – Ismail

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membincangkan isu gaji pegawai dan anggota polis dengan kementerian dan agensi berkaitan, kerana ia memerlukan kajian lebih menyeluruh, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perbincangan itu antara lain membabitkan Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan yakin perbincangan awal berkaitan isu itu sudah berlangsung.



“Ini perlu perbincangan mendalam kerana melibatkan kewangan,” katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri Upacara Pemakaian Pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera Supt Mansor Samsudin yang dinaikkan pangkat daripada DSP, di Dewan Sri Kempas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, di sini.

Upacara disempurnakan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani. Turut dinaikkan pangkat ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Bera DSP N Kumaran yang sebelum ini memakai pangkat ASP.

Ismail berkata demikian semasa diminta mengulas laporan media baru-baru ini, bahawa kadar gaji dan elaun polis terutamanya yang berpangkat rendah menjadi punca polis berhadapan masalah termasuk hutang dan difahamkan semakan terakhir gaji polis dibuat pada tahun 2010.

Sementara itu, Ismail Sabri merakamkan penghargaan kepada polis yang cemerlang melaksanakan tugas sebagai pasukan barisan hadapan pandemik Covid-19 tanpa mengira waktu, meskipun dalam kesibukan melaksanakan tugas hakiki menjaga keselamatan negara.



Selain itu, lebih 150,000 penduduk Bera menerima berita gembira, hari ini, selepas Ismail yang juga Anggota Parlimen Bera, mengumumkan pembinaan beberapa balai dan pondok polis baharu, serta menambah baik balai sedia ada di beberapa lokasi strategik demi keselamatan penduduk selari dengan keperluan semasa.

Ini termasuk, pembinaan balai dan pondok polis baharu di gugusan Felda Tembagau, Charuk Puting, Felda Bukit Mendi dan Bera Selatan, yang ketiadaan pondok polis menyebabkan penduduk sekitar perlukan sejam untuk tiba di balai polis berhampiran.

Ia juga selaras dengan kenaikan IPD Bera daripada gred C kepada gred B, yang antara lain membolehkan pertambahan jumlah keanggotaan daripada 300 orang kepada lebih 400 orang, yang dilihat sesuai dengan keluasan daerah itu yang hampir menyamai Melaka.

Peruntukan lebih RM2 juta juga diumumkan perdana menteri bagi projek penambahbaikan, antaranya pondok polis dan kuarters Triang, IPD Bera, balai polis Kuala Bera, balai polis Mengkarak, balai polis dan kuarters Kemayan, Bandar 32 serta Felda Mayam.



“Pertambahan anggota dan kewujudan balai baharu serta penambahbaikan yang dilakukan akan memberikan keyakinan kepada penduduk Bera dalam aspek keselamatan, selain membaiki kualiti perkhidmatan yang diterima rakyat,” katanya. FMT

Gaji polis akan dibincang KDN – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Khairy mengaku guna 4 jin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker