Terrirudin, Idrus akan berdepan jawatankuasa Parlimen, jelas isu DNAA Zahid

Terrirudin, Idrus akan berdepan jawatankuasa Parlimen, jelas isu DNAA Zahid

Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Idrus Harun akan berdepan jawatankuasa pilihan khas Parlimen (JKPK) untuk memberi penjelasan lanjut berhubung Zahid Hamidi dilepas tanpa bebas (DNAA) daripada 47 pertuduhan kes Yayasan Akalbudi.

Pengerusi JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, William Leong mengesahkan perkara itu di Dewan Rakyat di sebalik desakan Ahli Parlimen Arau usul berhubung DNAA Zahid dibawa ke Parlimen.



“Saya selaku pengerusi jawatankuasa telah keluar kenyataan bahawa jawatankuasa kita akan mengeluarkan prosiding kita akan panggil kedua-dua peguam negara (Terrirudin dan bekas peguam negara, Idrus) untuk prosiding berikan penjelasan.

“Dan kita akan bentangkan laporan selepas siasatan dibuat,” katanya Ahli Parlimen Selayang itu di Dewan Rakyat.

Terdahulu, timbul perang mulut antara Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong yang juga ahli jawatankuasa Parlimen itu yang mendakwa Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim yang juga ahlinya, sengaja membangkitkan isu itu dalam Dewan Rakyat.

“…kita sudah bersetuju dan membuat keputusan kita akan panggil peguam negara untuk memberi penerangan tentang kes DNAA dan Arau sendiri adalah salah satu ahli jawatankuasa pilihan khas tersebut.



“Dia tahu kita akan panggil peguam negara untuk memberikan penerangan dan prosiding akan dijalankan tetapi dia masih nak bangkit isu ini dalam Parlimen,” katanya sambil dicelah Shahidan: “Saya tak tau, saya tak tau.”

Khoo ketika membalas, berkata: “Semua dalam ‘group’ sudah tau…sekarang kononnya dia (Shahidan) kata dia tak tau.”

“Saya nak maklum pada Tan Sri Speaker inilah perkembangan terkini di mana kita akan adakan prosiding…Arau, Besut, dan Jeli ada dalam jawatankuasa tersebut…Arau ada dalam jawatankuasa tersebut,”katanya.

Mahkamah pada 4 Sept, melepas tanpa membebaskan Zahid daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang membabitkan dana Yayasan Akalbudi; selepas timbalan pendakwa raya memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat itu.



Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya memaklumkan pihak pendakwaan memberikan beberapa alasan termasuk keperluan menyiasat tuduhan dengan lebih lanjut dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kandungan buku oleh bekas peguam negara, Tommy Thomas.

Pada 8 Sept, Idrus yang ketika itu masih peguam negara bertegas dilaporkan mahu “jalankan tanggungjawab” berkaitan kes presiden Umno itu sebelum tamat berkhidmat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Di sebalik kritikan daripada pelbagai pihak, Anwar sebelum ini bertegas tidak campur tangan dalam urusan AGC menghentikan pendakwaan terhadap Zahid.

Anwar berkata, AGC memiliki kuasa penuh terhadap kes itu.



Terrirudin, Idrus akan berdepan jawatankuasa Parlimen, jelas isu DNAA Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?



Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa



Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker