[VIDEO & FOTO] Kereta Dipanah Petir. Badan Lelaki Hancur, Kereta Meletup

Kota Bharu: Lelaki hancur anggota badan selepas kereta dipandunya meletup dipercayai dipanah petir dalam kejadian di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh di sini, petang hari ini.

Kejadian pada 5.38 petang itu menyebabkan kereta Proton Iswara dipandu mangsa rentung dan terputus dua.

Lima kenderaan lain yang berada berhampiran di lokasi kejadian turut terbakar susulan letupan berkenaan.

Difahamkan, sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang berada di lokasi kejadian turut menemui serpihan mercun di lokasi berkenaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu ketika dihubungi berkata, seorang mangsa meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

“Ketika kejadian terdapat lima kenderaan di lokasi berhampiran yang turut terbakar.

“Cermin masjid berdekatan juga pecah akibat letupan kenderaan itu,” katanya.

Menerusi video yang dikongsi di laman sosial kesan letupan itu turut menyebabkan beberapa bangunan turut rosak termasuk sebuah masjid dan sekolah berhampiran lokasi kejadian.

Kesan letupan tersebut juga boleh dilihat hampir 100 meter dari kawasan kejadian.

Turut dikongsi di media sosial adalah gambar dua lelaki dipercayai mangsa letupan dan gambar mercun bola dipercayai ada kaitan dengan letupan tersebut.-BH , Kosmo, Kosmo

LIHAT VIDEO DIBAWAH:-

 

Pemain bola sepak maut dipanah petir

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker