Satu Dalam 10 Kanak-Kanak Ada Masalah Penglihatan Hingga Tahap Kebutaan
Satu Dalam 10 Kanak-Kanak Ada Masalah Penglihatan Hingga Tahap Kebutaan
Satu persepuluh kanak-kanak di Malaysia berdepan masalah penglihatan yang serius sehingga kepada tahap kebutaan.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan ini adalah tempoh masa lama diambil kanak-kanak untuk bersama-sama dengan pelbagai gajet atau peranti pintar masing-masing.
Ia juga termasuk kadar adaptasi digital yang tinggi dalam kalangan penduduk tanpa mengira usia.
Mendedahkan perkara itu, Pengarah Pusat Kecemerlangan untuk Penglihatan dan Penjagaan Mata (MSU-iCARE) Management & Science University (MSU) Prof Madya Dr Mohd Zaki Awang Isa berkata, kajian di Malaysia mendapati satu persepuluh kanak-kanak mempunyai masalah penglihatan serius atau kebutaan dan sembilan persepuluh membabitkan pelbagai faktor lain.
“Kajian di negara Asia serta Asia Tenggara juga menunjukkan bahawa kanak-kanak sangat terdedah kepada risiko rabun sehingga melebihi 60 peratus.
“Laporan daripada Jurnal Oftalmologi juga menjangkakan bahawa separuh populasi dunia akan mengalami masalah rabun pada 2050.
“Kajian ini membabitkan 2.1 juta responden dari seluruh dunia yang menggunakan satu kaedah dipanggil meta analisis dan dapatan ini menjelaskan bahawa 9.8 peratus iaitu 938 juta penduduk dunia menghidap rabun jauh tahap tinggi,” katanya kepada Metro Ahad.
Dr Mohd Zaki berkata, rabun jauh tahap tinggi ini meningkatkan risiko untuk mendapatkan komplikasi lain seperti glaukoma, katarak, degenerasi macula dan penanggalan retina.
Beliau berkata, dapatan itu juga selari dengan laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menjangkakan peningkatan masalah penglihatan dan kebutaan akan meningkat.
“Menerusi laporan penglihatan sedunia, wujud peningkatan masalah ini daripada 1.1 bilion penduduk dunia kepada 2.2 bilion pada 2050.
“Jangkaan ini adalah berasas jika berpandukan kepada keberkesanan rawatan dan kaedah pencegahan sedia ada termasuk pembetulan menggunakan cermin mata, pembedahan atau rehabilitasi visual,” katanya.
Beliau berkata, generasi muda sangat rapat dengan penggunaan gajet seperti peranti pintar, komputer, tablet dan sebagainya, malah peranti ini akan menjadi alat utama kepada generasi berkenaan untuk belajar, bekerja dan melaksanakan aktiviti harian.
Menurutnya, pendedahan terlalu lama di depan peranti digital sangat memberi kesan negatif kepada mata.
“Saya perlu ingatkan bahawa untuk bayi di bawah usia 18 bulan, seelok-eloknya tidak didedahkan dengan sebarang peranti elektronik kecuali untuk medium perhubungan seperti panggilan video bersama keluarga yang jauh.
“Ini kerana peranti digital menghasilkan cahaya biru dan pendedahan terlalu lama akan mengakibatkan deria penglihatan kita cepat penat serta letih,” katanya.
Katanya, sebagai langkah pencegahan awal, ibu bapa serta penjaga perlu memantau tempoh masa anak di depan skrin peranti dan tidak membiarkan terlalu lama untuk mengurangkan risiko kerosakan mata.
Penggunaan gajet tak boleh dielak tapi perlu dikawal
Kuala Lumpur: Kadar adaptasi digital yang tinggi termasuk tempoh pengguna dengan skrin yang berpanjangan tanpa kawalan bakal menjadi faktor utama terhadap risiko kemerosotan penglihatan.
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, trend terkini menunjukkan bahawa Malaysia menduduki tangga ke-25 untuk kadar adaptasi digital berbanding negara lain di seluruh dunia.
Selain itu, katanya, pengguna di negara ini juga banyak meluangkan masa dengan permainan video menerusi pelbagai gajet seperti peranti pintar, komputer, konsol dan sebagainya.
“Ini dibuktikan apabila trend kepenggunaan membabitkan segmen permainan video mencatatkan bahawa Malaysia menduduki tangga ke-12 di seluruh dunia iaitu di belakang Singapura, Sepanyol, Hong Kong dan Brazil.
“Jika kita melihat daripada satu sudut tentang kadar adaptasi digital apabila menduduki tangga ke-25 di dunia, ia boleh dibanggakan kerana transformasi digitalisasi kita sangat pantas, namun ia memungkinkan masalah lain terutama membabitkan kesihatan.
“Apabila tahap digitalisasi kita adalah tinggi, secara mudahnya kita boleh fahami bahawa semakin ramai penduduk di negara ini memiliki peranti pintar dan meluangkan masa untuk suatu tempoh dengan gajet mereka,” katanya.
Menurutnya, laporan Jurnal Oftalmologi yang dikeluarkan menyatakan bahawa separuh penduduk dunia akan rabun menjelang 2050 adalah sangat berasas dan masyarakat di negara ini amnya sedang menuju ke arah itu jika kurang kesedaran di peringkat awal.
“Ini adalah fakta yang perlu kita perakukan bahawa digital itu baik, namun ia turut mengundang masalah seperti ancaman keselamatan, data privasi dan paling utama adalah kesihatan mata.
“Kita tidak boleh untuk elakkan penggunaan gajet kerana ini adalah zamannya, namun kita boleh mengawal serta mengurangkan risiko berkenaan dengan beberapa amalan penggunaan,” katanya.-HM
Satu Dalam 10 Kanak-Kanak Ada Masalah Penglihatan Hingga Tahap Kebutaan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.