Batal hasrat bakar diri kerana tak tahan panas

Batal hasrat bakar diri kerana tak tahan panas

Seorang lelaki membatalkan niat membunuh diri selepas bertindak membakar pondok kediaman pekerja kerana tidak tahan panas, gara-gara tertekan tuduhan mendakwa dirinya menggunakan wang sumbangan keagamaan untuk membeli dadah.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi di ladang lembu di Junjong, Kulim, lelaki berkenaan dilaporkan berang dengan tuduhan dilemparkan terhadapnya oleh rakan sekerja, lalu nekad membakar lori serta pondok kediaman untuk membunuh diri.



Ketua Polis Daerah Kulim Sazali Adam, dipetik Berita Harian berkata, suspek berusia 30-an itu, bagaimanapun terpaksa membatalkan hasratnya membunuh diri dan keluar dari pondok itu kerana tidak tahan panas.

Beliau berkata, kejadian disedari pengurus ladang yang tiba di lokasi dan terkejut apabila melihat lori dan pondok yang menempatkan tiga pekerja terbakar.

“Pengurus ladang berkenaan kemudian menyoal pekerjanya dan suspek mengaku melakukan perbuatan itu.

“Mendengarkan jawapan itu, pengurus terbabit terus membawa suspek ke Balai Polis Junjong,” katanya menurut laporan Berita Harian.



Sazalee berkata, hasil siasatan lanjut suspek memberitahu dia membakar lori dan pondok kediaman pekerja itu menggunakan selimut.

“Suspek mendakwa dia tertekan dengan kata-kata buruk rakan sekerja yang menuduhnya mengambil wang sumbangan badan keagamaan untuk membeli dadah.

“Siasatan mendapati lokasi kejadian itu terletak jauh dalam sebuah ladang sawit,” katanya.

Katanya, polis turut merampas sehelai baju, seluar jeans, sepasang selipar dan pemetik api yang dipercayai digunakan suspek ketika membakar lori dan pondok itu.



Kes disiasat mengikut Seksyen 435 dan 436 Kanun Keseksaan. FMT

Batal hasrat bakar diri kerana tak tahan panas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker