Lukisan koyak separuh Banksy dilelong RM106.1j

Lukisan koyak separuh Banksy dilelong RM106.1j

LUKISAN seniman jalanan misteri, Banksy yang koyak separuh semasa satu lelongan pada 2018 berjaya terjual pada harga 18.6 juta pound (RM106.1 juta), empat kali ganda daripada anggaran harga awal jualan.

Insiden membabitkan lukisan bernama “Girl With Balloon” yang carik-carik akibat dihancurkan mesin penghancur kertas yang tersembunyi di dalam bingkainya membuatkan orang ramai terkejut sekali gus jualan oleh rumah lelongan Sotheby, gagal.

Selepas lebih tiga tahun, item unik itu yang kini digelar “Love is in the Bin” kembali dilelong pada harga sekitar 6 juta pound (RM34.2 juta).

Namun karya seni itu mencatatkan rekod luar biasa apabila ia terjual pada harga 18.6 juta pound (RM106.1 juta), rekod baharu bagi karya Banksy terjual kepada pelabur swasta yang diwakili oleh penawar Nick Buckley Wood.

Lelongan itu menarik sembilan pembida yang bersaing selama 10 minit untuk karya seni Banksy sekali gus mengetepikan rekod karya pelukis itu pada Mac lalu yang berjaya dijual pada harga 16.75 juta pound (RM95,589,821).

“Ada pihak berpendapat bahawa ia tidak benar-benar koyak. Ia berlaku. Ada juga pihak berpendapat rumah lelongan turut memainkan perana dalam insiden itu namun mereka tidak,” tulis Banksy melalui akaun Instagram miliknya pada 2018.

Ketua seni moden dan kontemporari Sotheby,Alex Branczik berkata:”Ketika “Girl with Balloon’ koyak sendiri ‘di ruang jualan kami, Banksy mencetuskan fenomena global yang kemudiannya menjadi fenomena budaya.

“Pada malam yang tidak dapat dilupakan itu, Banksy tidak memusnahkan karya seninya dengan mengoyakkannya, sebaliknya membuatnya,” katanya. Utv

Lukisan koyak separuh Banksy dilelong RM106.1j


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker