Kabinet akan bincang keperluan wajibkan vaksin – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih mengkaji keperluan untuk mewajibkan pengambilan suntikan vaksin COVID-19 sebelum dibawa ke Kabinet untuk dimuktamadkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, walaupun pengambilan pelalian itu belum diwajibkan, namun beliau menggesa dan menggalakkan semua pihak berbuat demikian demi kebaikan bersama.

Setakat ini, katanya, jumlah yang enggan mengambil vaksin COVID-19 bukan atas sebab kesihatan hanyalah kira-kira satu peratus.



“Ramai yang marah kenapa kita nak memaksa dan menghukum (yang tidak mahu vaksin). Saya nak beritahu setakat semalam sudah 92 peratus (rakyat dewasa) mendapat vaksin, yang mendapat satu dos sudah 95 peratus.

“Yang tak nak vaksin hanya lebih kurang satu peratus sahaja. Dari segi prinsip kerajaan, kita menjaga kepentingan ramai berbanding melindungi kepentingan (kelompok) yang sangat sedikit,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau penyelenggaraan lif di Perumahan Awam Seri Perak, Bandar Baru Sentul, pagi ini.

Kabinet akan bincang keperluan wajibkan vaksin – Ismail Sabri




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Persidangan UMNO cawangan bincang persiapan perkukuh parti



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker