Wanita dicabul ketika berjoging seorang diri

Wanita dicabul ketika berjoging seorang diri

LUMUT – Seorang wanita yang berjoging seorang diri berhadapan detik menakutkan apabila dicabul lelaki bermotosikal di Taman Fasa 2J Seri Manjung di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, punggung mangsa berusia 30an ditepuk sebelum melihat seorang lelaki bermotosikal dari arah belakangnya berlalu dari situ.



Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Bhoo Khim berkata, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada pukul 9.30 pagi.

“Mangsa berjoging di lokasi tersebut bersendirian sebelum datang sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki tidak dikenali dari arah belakang dan didakwa memukul punggungnya sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Bhoo Khim, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiada televisyen litar tertutup (CCTV) dipasang di situ dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan. K Online

Wanita dicabul ketika berjoging seorang diri




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker