Suami isteri ‘selisih ajal’, kereta terbalik

Suami isteri ‘selisih ajal’, kereta terbalik

Sepasang suami isteri berselisih ajal selepas kereta jenis Perodua Axia dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan di Jalan Bemban -Anjung Gapam di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, mangsa yang masing-masing berusia 25 dan 24 tahun itu mengalami kecederaan ringan dan diselamatkan oleh penduduk setempat sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.



Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.29 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota diketuai Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Razak Ta’at telah dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba kira-kira 17 minit kemudian dan mendapati terdapat sebuah kereta Axia telah terbalik dan mangsa iaitu sepasang suami isteri telah berada di luar kenderaan.

“Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. K Online



Suami isteri ‘selisih ajal’, kereta terbalik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker