Pertembungan heavyweight di Parlimen Tambun

IPOH: Parlimen Tambun bakal menyaksikan pertembungan calon heavyweight pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari juga mahu bertanding di kerusi itu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi yakin diletakkan calon mewakili Pakatan Harapan (PH) di kawasan itu.

“Saya yakin PH akan meletakkan saya di situ kerana saya adalah Ketua Pembangkang mewakili pakatan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.



Menurutnya, beliau yakin dengan prestasi sebagai Exco bersama Kerajaan PH Perak sebelum ini, akan memberinya kelebihan.

“Selain itu, saya telah sedia menjadi wakil rakyat

“Wawasan saya mahu mengembalikan mandat rakyat yang dijual oleh kumpulan tebuk atap atau Langkah Sheraton. Mereka perlu dihukum kerana khianat dan gagal memberi khidmat kepada rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen Tambun kini disandang oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.



Sebelum ini, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mengumumkan akan menentang Ahmad Faizal, di mana sahaja kerusi yang ditandingi oleh bekas Menteri Besar Perak itu.

Selain tiga parti itu, UMNO sudah pasti meletakkan calonnya juga setelah tidak lagi bersama Perikatan Nasional (PN). – UTUSAN ONLINE

Pertembungan heavyweight di Parlimen Tambun


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Golongan tergoda bisikan syaitan pecah belah Pas-UMNO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker