Rakyat jangan lalai, pihak berkuasa akan ambil tindakan – Hishammuddin
Rakyat jangan lalai, pihak berkuasa akan ambil tindakan – Hishammuddin
Rakyat diingatkan supaya tidak bersikap sambalewa susulan kelonggaran diberi kerajaan, termasuk kebenaran merentas negeri, kerana mereka masih tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata untuk memastikan SOP terus dipatuhi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui strategi tertentu.
Antaranya, beliau berkata, melakukan pemeriksaan rawak bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) menerusi sekatan jalan raya bergerak, pemeriksaan mengejut serta pemantauan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R), serta sekatan jalan raya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“Berhubung pengumuman kebenaran merentas negeri, saya hendak menekankan di sini bahawa kita jangan bersikap sambalewa terhadap kelonggaran diberikan.
“Kebenaran diumumkan itu bukan bermakna pihak berkuasa akan bersikap lepas tangan.
“Dalam mesyuarat (Menteri Kuartet COVID-19) tadi, kita telah mendapat laporan dan berbincang dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) serta PDRM.
“Mereka memberi jaminan kepada kami bahawa pemantauan dan penguatkuasaan SOP sedia ada akan diteruskan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 di Dewan Rakyat, hari ini.
Ditanya sama ada kerajaan akan mempertimbang untuk mewajibkan saringan COVID-19 sebelum rentas negeri, Hishammuddin berkata, langkah itu berkemungkinan mustahil dilaksanakan.
Beliau menjelaskan, jumlah individu yang terlalu ramai merentas negeri menyebabkan langkah itu dilihat sukar untuk dilaksanakan.
“Memang hampir mustahil untuk diwajibkan kerana jumlah mereka yang diberikan ruang bergerak merentas negeri secara fizikal kini bukan sesuatu perkara yang mudah dipantau.
“Justeru sebelum melakukan pergerakan merentas negeri, rancanglah perjalanan dengan sebaik mungkin dan jangan terburu-buru sehingga mengabaikan aspek keselamatan keluarga masing-masing.
“Jika ada sebarang simptom, tangguhlah dahulu perjalanan. Sebaik-baiknya lakukan ujian saringan COVID-19 secara kendiri sebelum membuat perjalanan itu dan sebelum pulang semula ke negeri bermastautin,” katanya. BH
Rakyat jangan lalai, pihak berkuasa akan ambil tindakan – Hishammuddin
Baca Artikel Menarik :
- ‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
- Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
- Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
- Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
- Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
- Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
- Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
- Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
- Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
- Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
- Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.