Anak ‘naik hantu’ bakar rumah kerana ibu enggan beri wang

Anak ‘naik hantu’ bakar rumah kerana ibu enggan beri wang

Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai membakar rumah keluarganya akibat berang dengan ibunya yang enggan memberikan wang kepadanya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, S Vijaya Rao berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan di sekitar lokasi kejadian di Kampung Bukit Kapar, Klang pada 6 petang semalam.

“Polis menerima laporan mengenai kebakaran pada 3.30 petang daripada pengadu, seorang wanita berumur 37 tahun dan bekerja sebagai kerani.

“Menurut pengadu, ketika berada di tempat kerja, dia mendapat maklumat rumahnya di Kampung Bukit Kapar terbakar, lalu bergegas pulang.

“Setibanya di rumah, pengadu mendapati api sedang marak dan bomba sedang berusaha memadamkan api,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, pengadu adalah anak saudara kepada suspek dan tinggal bersebelahan rumah kampung berkembar dua itu.

“Sebelum kejadian, suspek berjumpa ibunya (nenek pengadu) tidak jauh dari tempat kejadian untuk meminta wang, tetapi gagal.

“Sebelum beredar, suspek ada membuat ugutan kepada ibunya yang dia akan membakar rumah jika tidak memberikan wang.”

Beliau berkata, siasatan juga mendapati suspek penganggur berusia dalam lingkungan 30-an dan baru keluar dari penjara atas kesalahan dadah.

“Suspek direman empat hari bermula semalam hingga 15 Okt ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.”

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar serta Kota Anggerik bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 3.34 petang semalam.

“Setiba di lokasi, rumah setingkat sedang marak terbakar. Kebakaran dapat dikawal pada 3.50 petang dengan anggaran kemusnahan 90%.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. FMT

Anak ‘naik hantu’ bakar rumah kerana ibu enggan beri wang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker