Bakar cek RM15,000 selepas majlis kahwin dirancang tak kesampaian (Video)

Bakar cek RM15,000 selepas majlis kahwin dirancang tak kesampaian (Video)

BELUM reda kisah kekasih curang, timbul pula cerita pemuda terpaksa melupakan kisah cinta Laila dan Majnun gara-gara kesayangan hati membatalkan hari bahagia sebulan sebelum majlis yang dirancang berlangsung.

Dalam video pendek yang dimuat naik pemuda bernama @encikferd di laman TikTok, dia bertindak membakar sekeping cek bernilai RM15,000 berserta kad-kad jemputan ke majlis perkahwinan mereka.

Difahamkan, hari bahagia itu tidak dapat dilaksanakan atas sebab cara lelaki itu bercinta adalah bukan cara yang diidamkan oleh bekas teman wanitanya.

“Mungkin cara saya bercinta bukan macam dia nak, tapi saya terima segala apa juga dia punya alasan untuk memutuskan, saya terima hati terbuka dan saya reda,” ujar ferd dipetik selepas ditemu bual oleh stesen radio HotFM.

Sementara itu, dalam jawapan ringkas kepada UtusanTV, pemuda itu berkata tindakan dia memuat naik video berkenaan sekadar luahan rasa sedih yang dilalui dirinya.

“Saya tidak mahu kisah saya ni mendapat perhatian berlebihan,” jawab ringkas pemuda itu.

Katanya, dia menerima ujian itu dengan hati yang reda dan enggan mengulas panjang mengenai video yang tular di platform TikTok.

Dalam video berdurasi 50 saat itu, turut menunjukkan dirinya menaiki kapal terbang ke destinasi yang dipercayai tempat yang sepatutnya menjadi lokasi bulan madu mereka.

Ia dikatakan dirancang sebagai kejutan kepada bakal isteri sempena hadiah perkahwinan mereka.

Walaupun kecewa dengan apa yang berlaku, dia mengakui bahawa bekas teman wanitanya mempunyai hati yang baik.

Ruangan komen mendapati ramai yang menitipkan kata-kata semangat kepada pemuda ini supaya terus bersabar dan mendoakan dia dipertemukan jodoh lebih baik pada masa akan datang.

“Berdamai dengan takdir allah, percaya dan yakin dengan janji allah bahawa sesudah kesulitan ada kemudahan. You deserve to be happy. Keep strong,” ujar @hasyahusna

“Stay strong, you definitely deserve better. And god will sent the right one at the right time. Trust God,” komen @hannahfrancisca

“Baiknyaaa allah sebab nak bagi yang lebih baik pada u bro, pasti wanita lebih baik untuk mu,” doa @zainabdihing

Bagi ferd, dia percaya akan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku walaupun hasratnya ingin mendirikan rumah tangga bersama insan tercinta tidak kesampaian walaupun telah melakukan pelbagai persiapan untuk menuju hari bahagia. Utv

[videopress ervenbFA]

Bakar cek RM15,000 selepas majlis kahwin dirancang tak kesampaian (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adik maut selepas bertengkar pinjam wang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker