Pemain 001 ‘Squid Game’ Tolak Tawaran Duta Ayam Goreng Kkanbu

Pemain 001 ‘Squid Game’ Tolak Tawaran Duta Ayam Goreng Kkanbu

DRAMA Korea Selatan berjudul Squid Game menerima populariti luar biasa di seluruh dunia.

Para pelakonnya menerima peningkatan jumlah pengikut yang mendadak di laman sosial.

Malah pemain 001, Oh II-nam yang dilakonkan oleh pelakon veteran Oh Young-soo turut mendapat tempias populariti.

Aktor berusia 76 tahun itu membawa watak sebagai pemain yang baik hati dan menganggap pemain 456 (Lee Jung-Jae) sebagai gganbu atau kawan baik.

Netizen yang menonton drama itu mencadangkan sebuah syarikat ayam goreng Korea Selatan, Kkanbu Chicken untuk mengambil Oh sebagai jurucakap syarikat itu.

Namun, laman hiburan Sports Chosun melaporkan bahawa syarikat itu ada menghubungi pelakon veteran itu untuk membintangi iklannya tetapi ditolak.

“Dengan hormatnya, kami telah menyuarakan niat kami untuk merakam iklan bersamanya tetapi Oh Young-soo berkata ‘sebagai pelakon, apa yang saya ingin lakukan adalah kekal dengan pekerjaan saya’” kata jurucakap Kkanbu.

Oh berada dalam bidang hiburan Korea Selatan lebih 58 tahun dan membintangi kira-kira 200 buah filem, drama, dan pementasan. – 8 Days

Pemain 001 ‘Squid Game’ Tolak Tawaran Duta Ayam Goreng Kkanbu


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adun Dap Melaka marah surat dihantar tanpa pengetahuannya

‘Nak rentas negeri, lebih baik ada syarat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker