Kisona akui terjejas akibat kenyataan rasis
Kisona akui terjejas akibat kenyataan rasis
Pemain perseorangan wanita negara S Kisona mengakui kenyataan berbaur perkauman terhadapnya menerusi media sosial semasa kejohanan Piala Sudirman baru-baru ini, telah menjejaskan psikologi dan prestasinya.
Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun dari Seremban, Negeri Sembilan itu bertekad untuk mengetepikan kejadian itu dan menumpukan perhatian pada perlawanan pembukaan Piala Uber menentang tuan rumah Denmark pada Sabtu, kerana beliau memikul tanggungjawab sebagai pemain perseorangan pertama untuk Malaysia.
“Jelas (ia menjejaskan saya) kerana saya juga seorang manusia… Namun, saya perlu mengalih fokus pada perlawanan akan datang, saya serahkan kepada keluarga, BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan pihak berkuasa berkaitan untuk menyelesaikan isu ini,” katanya selepas sesi latihan rasmi kedua pasukan di Ceres Arena pada Jumaat.
Ketika disoal isu yang sama oleh media lain kemudian, Kisona tidak dapat menahan air matanya.
Sementara itu, bercakap mengenai perlawanan esok, berkemungkinan menentang pemain nombor 12 dunia Mia Blichfeldt, Kisona berkata beliau dan rakan sepasukannya bersedia untuk berjuang sehingga garisan penamat walaupun berhadapan dengan pihak lawan yang menduduki ranking lebih tinggi.
“Ini akan menjadi kempen Piala Uber kedua saya selepas edisi Bangkok 2018, setakat ini saya selesa dengan venue dan cuaca (walaupun ada masanya mencecah bawah 10 darjah Celcius). Sudah pasti saya mahu beraksi dengan lebih baik berbanding Piala Sudirman dan tidak mahu merendahkan diri saya walaupun lawan saya lebih bagus.
“Saya rasa pasukan kita pun ada kekuatan sendiri, cuma pengalaman sahaja kurang. Kita akan beraksi dengan bersungguh-sungguh dan berjuang untuk memburu kemenangan, takkan kita datang untuk kalah,” katanya.
Kenyataan berbaur perkauman dibuat ke atas pemain nombor 53 dunia itu menerusi media sosial oleh seorang ahli politik selepas beliau tewas dengan mudah kepada pemain nombor lima dunia Akane Yamaguchi dari Jepun pada perlawanan separuh akhir Piala Sudirman, 2 Okt lepas.
Dalam pada itu, Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann berkata BAM, rakan sepasukan dan seluruh negara berada di belakang Kisona untuk mengatasi masalah itu dan akan terus memberi sokongan moral kepadanya.
“Saya percaya memang selalu ada keadaan yang tidak dijangka macam ini akan berlaku dalam kehidupan seseorang, tetapi saya percaya Kisona sebagai atlet profesional dapat mengatasinya dan belajar daripadanya,” katanya.
Presiden BAM Mohamad Norza Zakaria berkata kes ini sangat terpencil kerana secara umumnya, rakyat Malaysia menghargai pengorbanan dan sumbangan atlet kebangsaan kepada negara.
“Saya rasa isu-isu sensitif dan perkauman ini tidak sepatutnya ada langsung dalam sukan negara kita dalam konsep keluarga Malaysia. Kita patut lebih menghargai mereka agar terus cekal menghadapi cabaran dalam keadaan pandemik ini,” katanya. FMT
Kisona akui terjejas akibat kenyataan rasis
Baca Artikel Menarik :
- Adun Sindumin mulanya menafikan tetapi sah meninggalkan Warisan
- Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat
- Polis sahkan terima laporan ‘abang e-hailing’ tunjuk kemaluan
- PRN Melaka: Nyawa rakyat dipertaruh demi kerakusan kuasa
- Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ terus dapat sambutan
- Ain Edruce kena kecam sebab over (Video)
- Dedah hubungan sulit, wanita bakar anak hidup-hidup
- UMNO tiada masalah tanpa Bersatu
- Idris akhirnya mengaku bertemu dengan Anwar bersama 3 Adun
- Resepi ubi kayu croquettes pasti sedap
- ‘Abang askar’ jilat tangan pekerja wanita kedai vape dicekup [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.