Kena cucuk, baru boleh kahwin
Kena cucuk, baru boleh kahwin
“Bakal mak mertua suruh cucuk kalau tak, tak boleh kahwin dengan anak dia”
Itulah perkongsian seorang doktor dikenali @Nur Farhaneem, yang menceritakan kisah seorang pemuda berusia 28 tahun ingin mengambil vaksin kerana ditetapkan syarat oleh bakal mak mertuanya semalam.
“Semalam ada seorang lelaki 28 tahun datang pusat pemberian vaksin (PPV) untuk cucuk vaksin. Tanya kenapa lambat cucuk, sekarang semua budak sekolah dah. Dia kata bakal mak mertua suruh cucuk kalau tak, tak boleh kahwin dengan anak dia,” ciapnya.
Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji tindakan bakal mak mertua yang mengutamakan keselamatan anaknya yang bakal dinikahi oleh pemuda tersebut.
“Bagus mak cik ini jaga keselamatan anak dan keluarga dia, mesti dia cakap nak masuk keluarga saya jangan bahayakan orang lain,” kata @NorfarahHanim.
“Bila dia dah lengkap dua dos vaksin, jangan bagi dia kawin dengan anak mak cik, dah ada pemikiran macam itu tak perlu buat menantu. Lepas kahwin nanti tak tahu jadi apa,” jelas @Nvzvlshams.
“Harap-harap mak mertua dia tunggu sampai lengkap ‘2nd dose’ baru bagi lampu hijau, kirim salam dekat mak cik itu dan kita perlukan ramai lagi orang macam ini,” ujar @AliffZaki.
Setakat 7 Oktober 2021, kadar lengkap vaksinasi dalam negara bagi populasi dewasa sudah mencapai 89.1 peratus manakala 94.6 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan. K Online
Kena cucuk, baru boleh kahwin
Baca Artikel Menarik :
- Adun Sindumin mulanya menafikan tetapi sah meninggalkan Warisan
- Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat
- Polis sahkan terima laporan ‘abang e-hailing’ tunjuk kemaluan
- PRN Melaka: Nyawa rakyat dipertaruh demi kerakusan kuasa
- Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ terus dapat sambutan
- Ain Edruce kena kecam sebab over (Video)
- Dedah hubungan sulit, wanita bakar anak hidup-hidup
- UMNO tiada masalah tanpa Bersatu
- Idris akhirnya mengaku bertemu dengan Anwar bersama 3 Adun
- Resepi ubi kayu croquettes pasti sedap
- ‘Abang askar’ jilat tangan pekerja wanita kedai vape dicekup [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim
You must be logged in to post a comment.