SPRM bertemu Idris Haron

SPRM bertemu Idris Haron

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri mengesahkan sudah berjumpa dan mengambil maklumat daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, susulan dakwaan penyelewengan royalti pasir.

Pengarahnya, Mohd Shahril Che Saad berkata, pihaknya hanya mengambil maklumat dalam pertemuan selama dua jam itu dan tiada sebarang rampasan dokumen yang dibuat.

Beliau berkata, perjumpaan itu berlangsung bermula kira-kira 3 petang membabitkan tiga pegawai SPRM.

“Saya sahkan bahawa kita sudah berjumpa dengannya (Idris) dan mengambil beberapa maklumat.

“Maklumat ini kemudian dihantar ke pengurusan tertinggi SPRM untuk dianalisa dan diperincikan bagi tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Ulang Tahun BPR/SPRM Ke-54 Peringkat Melaka di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, di sini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pada pertemuan itu, pihaknya ada ditunjukkan beberapa dokumen.

“Maklumat yang diambil ada secara verbal (lisan). Kita berjumpanya untuk mendapatkan maklumat awal seperti yang diceritakan, ia lebih kepada perjumpaan,” katanya.

Mohd Shahril berkata, pihaknya hanya membantu ibu pejabat untuk mendapatkan maklumat.

Media sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron berhubung isu pembolotan projek ekonomi dan menipu kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka.

SPRM dalam kenyataan berkata, mana-mana pihak yang memiliki maklumat atau bukti salah laku rasuah dan penyelewengan berhubung isu berkenaan diminta tampil untuk memberi kerjasama kepada SPRM. BH

SPRM bertemu Idris Haron


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker