Jalan bawah banyak roadblock, Remy Ishak ‘balik kampung’ naik pesawat persendirian

Remy Ishak ‘balik kampung’ naik pesawat persendirian

PELAKON Remy Ishak hari ini memuat naik hantaran dalam TikTok yang menunjukkan dia sedang menaiki pesawat persendirian dengan diiringi lagu raya ‘Balik Kampung’ nyanyian Allahyarham Sudirman.

Melalui TikTok tersebut, Remy berkongsikan tiga video yang mana dia sedang berjalan ke pesawat dengan kapsyen ‘Jalan bawah banyat sangat roadblock’.



Dalam video pesawat sedang bergerak dan dia berada di hadapan bersama pemandu,, Remy meletakkan kapsyen ‘let’s go’ dan pemandangan sawah padi dengan kapsyen ‘lapaq ayaq dok ataih ni’ dengan menggunakan lagu iringan ‘Dari Jauh Ku Mohon Maaf’ nyanyian Sudirman.

Walaupun ketiga-tiga video seolah-olah menunjukkan seolah-olah pelakon itu menggunakan pesawat untuk ‘balik kampung’ tetapi data penerbangan pesawat tersebut menunjukkan sebaliknya.

Menurut FlightRadar.com, pesawat bernombor pendaftaran N786NX merupakan pesawat jenis Diamond DA62 yang didaftarkan atas milik peribadi.



Rekod data penerbangan pesawat N786NX yang dinaiki Remy menunjukkan pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada pukul 10.38 pagi dan kembali mendarat sejam kemudian pada pukul 11.42 pagi.

Menurut FlightAware.com, jejak pergerakan pesawat tersebut juga menunjukkan pesawat dinaiki pelakon itu melakukan penerbangan sehingga kawasan berhampiran Kuala Selangor sebelum berpatah balik ke lapangan terbang tersebut.

Pesawat itu didapati melalui kawasan-kawasan kampung, sawah padi dan juga memasuki perairan Selat Melaka.

Pesawat itu juga menunjukkan terbang sehingga mencapai ketinggian maksimum 1,400 kaki dari aras laut dan kelajuan purata 145 batu sejam.



Video TikTok Remu tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang memberi komen seperti mengucapkan ‘Selamat sampai ke kampung halaman’, ‘Pinjam (pesawat) bos Remy, nak balik kampung’ dan sebagainya.

Disebabkan jarangnya pengguna pesawat persendirian ‘berkongsi’ mengenai penerbangan menggunakan pesawat peribadi, ada peminat dan blogger yang menjangka Remy menaiki helikopter disebabkan mereka terlihat kipas pada pesawat tersebut. Utv


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 



[VIDEO] Kejutan Hari Lahir, Bagi Bunga – Remy Ishak & Bekas Tunang Kembali Bersama?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker