Pandora Papers, ini apa kata Najib

Pandora Papers, ini apa kata Najib

Najib Razak menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap laporan berita yang mengaitkannya dengan akaun bank luar pesisir sebagaimana pendedahan Kertas Pandora baru-baru ini.

“Tidak. Saya tiada “off-shore bank accounts” dan saya tidak disenaraikan dalam Pandora Papers.

“Nama saya dikaitkan sebab firma guaman Wong & Co yang dilantik 1MDB masa dahulu adalah sebahagian dari gabungan firma guaman antarabangsa terkenal yang kini terbabit dengan isu Panama Papers.

“Saya pun jawab (soalan wartawan) bahawa saya tidak pernah lantik atau pernah berhubung dengan sesiapa dari Wong & Co,” katanya pada satu hantaran di Facebook hari ini.

Najib pada ciapan di Twitter pula berkata Wong & Co merupakan sebahagian firma undang-undang antarabangsa Baker McKenzie yang menjadi pusat pendedahan Panama Papers.

Jelasnya, Wong & Co (bersama dengan Goldman Sachs, Ambank, KPMG dan lain-lain firma lagi) telah dilantik oleh Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum dia menjadi perdana menteri dan terbabit dengan TIA.

“Ianya dibuat masa TIA dan diteruskan perkhidmatan apabila TIA menjadi 1MDB,” ciap Najib.

Kertas Pandora yang diperolehi Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) mendedahkan rahsia kewangan 35 pemimpin dunia, lebih 330 ahli politik dan pegawai awam di 91 negara dan wilayah.

Antara yang disenaraikan ialah bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Selayang William Leong.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun semalam menolak usul bagi segera membahaskan pendedahan Kertas Pandora.

Sebaliknya, dia berkata, perkara itu harus diteliti oleh Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Ekonomi), ataupun Suruhanjaya Siasatan Diraja. Mk

Pandora Papers, ini apa kata Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker