Mayat lelaki diikat guni pasir tersangkut pukat

Mayat lelaki diikat guni pasir tersangkut pukat

Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemui dalam keadaan tangan dan kaki terikat dengan guni berisi pasir di perairan laut Ban Pecah, Sungai Burung di Tanjung Piandang, Perak semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian Mazuki Mat berkata, polis menerima maklumat pada 10.04 malam kelmarin mengenai penemuan mayat lelaki berusia lingkungan 16 hingga 35 tahun yang tersangkut pada pukat di perairan berkenaan.

Katanya, tangan dan kaki mayat didapati diikat menggunakan guni berisi pasir, dipercayai untuk menenggelamkan mayat ke dalam laut dan ketika ditemui mayat dalam keadaan telah membusuk, dianggarkan telah mati dalam tempoh beberapa hari.

“Hasil pemeriksaan forensik Hospital Raja Permaisuri Bainon Ipoh mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat trauma tumpul.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga boleh berhubung dengan balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Ambri Mat Nayan di talian 011-1309 2525. FMT

Mayat lelaki diikat guni pasir tersangkut pukat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker