KJ maklumkan harga kit ujian Covid-19 bakal turun lagi

Sebaran :

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, harga syiling kit ujian kendiri Covid-19 akan diturunkan harga tidak lama lagi.

Jelasnya, harga syiling kit ujian itu perlu diturunkan daripada harga semasa bagi menggalakkan orang ramai membuat pemeriksaan sendiri ketika kebenaran rentas negeri dibenarkan.

“Saya sudah jumpa dan bincang dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menurunkan lagi harga syiling kit kendiri.

“Perbincangan telah dilakukan, namun ketika ini kita terpaksa habiskan stok sedia ada sebelum harga baharu diumumkan,” katanya ketika sidang akhbar khas sebentar tadi.

Ketika ini harga syiling bagi kit ujian kendiri Covid-19 telah ditetapkan pada harga RM19.90

KJ maklumkan harga kit ujian Covid-19 bakal turun lagi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Idris sila buktikan dakwaan kepada kerajaan negeri’


Sebaran :

Leave a Reply