Kebakaran di Telipok, 128 hilang tempat tinggal

Kebakaran di Telipok, 128 hilang tempat tinggal

Seramai 128 penduduk daripada 17 keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Skim Petempatan Telipok, Jalan Tuaran, di sini, musnah terbakar, tengah hari tadi.

Jurucakap Bomba Sabah berkata, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.19 tengah hari.



“Sepasukan anggota menggunakan jentera kemudian bergegas ke lokasi kira-kira 19km dari Balai Bomba Lintas.

“Kebakaran membabitkan dua deret rumah 16 pintu jenis tidak kekal dan menurut maklumat awal, sebanyak 17 keluarga tinggal di situ,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu manakala punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.



“Setakat ini, bomba masih menjalankan operasi untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran,” katanya. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Kebakaran di Telipok, 128 hilang tempat tinggal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker