Jumpa bayi masih hidup dalam tong sampah

Jumpa bayi masih hidup dalam tong sampah

Bayi lelaki ditemui dalam keadaan masih bernyawa di dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Taman Indah Permai, Manggatal, di sini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, George Abd Rakman berkata, dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, bayi cukup sifat yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemui seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.



Katanya, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit yang enggan dikenali mendakwa terdengar bunyi rengekan yang pada mulanya disangka kucing.

“Lelaki terbabit yang terkejut dengan penemuan bayi itu terus menghubungi pusat panggilan kecemasan MERS 999 untuk memaklumkan kejadian berkenaan.

“Polis yang tiba di lokasi kejadian terus menjalankan siasatan dan bayi terbabit diserahkan kepada pasukan ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

George berkata, bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKS) untuk pemeriksaan dan rawatan.



Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi usaha mengesan suspek yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi. FMT

Jumpa bayi masih hidup dalam tong sampah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker