Rasuah urus jenazah, 5 kakitangan hospital dicekup

PETALING JAYA: Lima kakitangan hospital ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, hari ini, kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja pengurusan jenazah di hospital itu.

Harian Metro memetik sumber berkata, kegiatan itu dipercayai dilakukan sejak 2019 hingga tahun ini, membabitkan jumlah suapan lebih RM20,000.

Difahamkan, semua suspek berusia antara 34 tahun hingga 44 tahun itu ditahan sekitar 3 petang di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.



Pengarah SPRM Selangor Alias Salim dilaporkan mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, semua suspek yang disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman, esok.

Rasuah urus jenazah, 5 kakitangan hospital dicekup


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO Melaka Alu-alukan Kerjasama PN, MN Hadapi PRN – Ab Rauf



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker