Komet Terbesar Bakal Dekati Bumi Setelah Merantau Selama 3.5 Juta Tahun

Sebaran :

Komet Terbesar Bakal Dekati Bumi Setelah Merantau Selama 3.5 Juta Tahun

Komet terbesar yang pernah dikaji oleh para saintis kini dalam perjalanan menuju ke Bumi dan sistem suria setelah menempuh perjalanan selama 3.5 juta tahun, lapor Live Science baru-baru ini.

Komet yang bernama Bernardinelli-Bernstein (atau C / 2014 UN271) ini mempunyai diameter sekitar 100 km hingga 200 km, atau 1000 kali lebih besar daripada komet yang biasa kita lihat. Saiznya yang begitu besar membuatkan para ahli astronomi memanggilnya sebagai planet kerdil.

Difahamkan bahawa komet ini tidak akan mengancam bumi dan kini bergerak melalui awan Oort, sebuah kawasan di luar sistem suria yang terdiri daripada batuan ais. Komet ini dijangka akan mencapai titik terdekat dengan Matahari dalam waktu sekitar 10 tahun.

Komet Bernardinelli-Bernstein akan sampai ke titik terdekatnya dengan Bumi, iaitu sekitar 10.97 unit astronomi (AU) dari Matahari atau di luar orbit Saturnus – pada sekitar tahun 2031.

Para penyelidik, yang memodelkan lintasan komet raksasa ini, menganggarkan bahawa ketika Bernardinelli-Bernstein mendekati sistem suria kita 3.5 juta tahun yang lalu, ia melalui sekitar 18 AU dari Matahari.

Selain daripada itu, mereka yang bakal melihat komet ini pada sekitar tahun 2031 – dengan menggunakan teleskop – akan menjadi manusia pertama yang pernah melihat batu langit saiz gergasi ini kerana 3.5 juta tahun yang lalu tidak ada manusia di Bumi.

Komet Bernardinelli-Bernstein ditemui oleh program Dark Energy Survey, sebuah tinjauan yang melihat pengembangan alam semesta, pada tahun 2014. Pada masa itu, dia dikira sebagai planet kerdil. Projek ini dilaksanakan dari Ogos 2013 hingga Januari 2019.

Semasa tinjauan ini, para astronom memetakan 300 juta galaksi di langit selatan, menemui 800 objek di luar orbit Neptunus dan komet Bernardinelli-Bernstein adalah salah satunya. Vc

Komet Terbesar Bakal Dekati Bumi Setelah Merantau Selama 3.5 Juta Tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas


Sebaran :

Leave a Reply